Saturday, April 29, 2006
Monday, April 24, 2006
No specific title
Thursday 20th April 2006 : Went to the second interview at Kota Damansara. Memula kena interview dengan sorang mat saleh ni, Mr J. Think he's the IT guy. Tak sampai setengah jam. He sent me off to meet up with the big boss, Mr K. Took longer than I had thought. And finally Mr K offered me the job. It's gonna be a 2 year contract. Will be picking up the offer letter this Friday. We'll see what's in it later. I should be starting my job on 2nd May 2006.
Saturday 22nd April 2006 : Kakak's annual sport's day. She was excited to go. Singing all the way to the school field. Registered her at the entrance, took our seat and waited for the marching event by the kids. They were so cute!!! Imagine 3-6 years old children marching. heheheheh...Ada yang bukan main bersemangat. Ada yang terlambat jalan ikut orang depan sampai jam dibuatnya. Nyanyi lagu Negaraku, baca ikrar, sang a few songs and buat sikit exercise. Pastu ada wakil from each centre buat some dance guna pom pom...Comel betul!!!
Event pertama is for 3-4 years old children. We were looking for Kakak as she will be participating in this event, bawak bola ping pong dalam sudu. Baru nak sorak bagi semangat kat dia, tetiba dia meraung !!! Menangis beria-ia...Bila sampai turn dia bawak bola tu, sambil jalan pegang sudu and bola, sambil menangis kuat kuat...Aiseyman !!! Buat malu kompeni betul lah Kakak ni....Nak tergelak pun ada. Pergi pujuk dia, dia kata nak susulah, nak dukunglah, nak itulah nak inilah, last last tak larat dah nak dukung sepanjang kat padang tu (takmo turun...berat plak tu), told her that kalau macam ni kita balik jer. Dia kata nak balik. Ok well fine....So balik jelah....Baru sempat satu acara. Aparaaaaaa....Next year tak mo buat macam ni lagi tau. Apsal nak nangis nangis pulak. Later she told us rupanya dia macam marahlah sebab ada teacher dia tanya dia nampak macam tak sihat lagi nak join sukan padahal dia dah sihat and berlari semacam jer kat rumah. Member sudah sedey bila kena tegur itu macam...Nampak plak mummy dengan daddy, teruslah meraung...Kehekhekehkehekheh....
So dari padang sekolah tu, we shoot off to Kuala Lipis sebab ada kenduri arwah untuk hubby's aki yang passed away last month (tak lama lepas arwah mak hubby meninggal dunia). Reached there at about 1.30. Jemputan baru sudah makan...so we all terus ler bersila aje. Hmm...lauk menarik...Banyak betul !!! Ayam goreng berlada, gulai ikan patin, sambal belacan, sayur campur, ulam-ulam, ikan bilis goreng dengan jering. Hubby makan sampai tak ingat dunia...hehehhehe...
Lepas lunch semalam barulah bertolak balik ke KL. Singgah sekejap di Raub hantar adik sepupu hubby. Sampai rumah, berkemas kain baju kotor, sapu rumah sikit sebab dah berhabuk, tengah sibuk sibuk menyapu, Kakak mandi sendiri, adik rupanya dah terlepas ke dapur. Praaaanggg !!! Pecah pinggan sebijik...Aiyo Adik...Nampak gayanya, nak kena beli pagar keciklah letak kat dapur so that dia tak merayap masuk dapur lagi.
Oh yea!!! Adik dah boleh merangkak. Hurray !!! Walaupun tak lama, tapi it was a great start. Meniti kat sofa/kerusi pun dah laju dah sekarang ni. Mulut pun riuh. Tak sabar pulak rasanya nak tengok dia berlari ke sana ke mari. Sayang Adik !!!!
Wednesday, April 19, 2006
My New Schedule....
Bangun takla seawal dulu. Last time it used to be 5.50 tapi la ni 6.30 or 6.40 is just nice. Siapkan sarapan dear hubby kalau dia rasa nak breakfast kat rumah. Normally it's something simple. Dia tak cerewet bab makan. Roti bakar and a nice hot coffee will do. Lepas prepare breakfast for hubby, took my shower. After hubby left, kejutkan Nia and get her ready for school. Liat nak bangun...asyik kata kejap, lima minit lagi. Terpaksalah jek jek dia sikit so that dia bangun mandi. By 8.20, angkut Adik and send off Nia to school. Dekat aje sekolah dia. Tak sampai 10 minit pun....
Balik rumah, bagi Adik susu, had my breakfast, mandikan Adik pulak pastu biar dia golek golek and merayap sana sini main. Masa tengah menaip ni, Adik dok explore barang barang dalam bilik kerja hubby. Habih semua barang diusiknya...Takperlah...janji dia tak merengek. Kain baju masa nilah jugak nak basuh and sidai. Sapu rumah sikit, kemas mana mana yang patut.
Balik dari amik Kakak, uruskan dia dulu. Salinkan baju, buatkan susu (yeah...still using bottle. Tak tau ler bila nak berenti. Nasib baik tak bawak pergi sekolah). Kakak and Adik will play together while I cook. Masa inilah kena jadik macam lipas kudung memasak sebab kalau takde Kakak, Adik will follow me everywhere. Ikut aje masuk dapur...tersengih sengih. Takut terpercik minyak panas je kan especially kalau tengah menggoreng ikan/ayam. So terpaksalah berlari ke dapur, campak bahan dalam periuk/kuali, pastu terkejar letak adik kat hall semula. Tapi kejap aje...tetiba aje tengok Adik dah ada kat dapur balik. To and fro ler ke dapur and hall..Kakak biasanya kejap aje dah tidur sebab letih balik dari sekolah.
Lepas masak, bagi adik makan. Then lepak la depan TV sementara tunggu dear hubby balik dari kerja. Lepas lunch, lipat kain yang menggunung tu pulak. Itu pun kira nasib baikla kalau dapat habihkan sebab kalau Adik tak tidur or dia tengah aktif, memang habih dia bongkar kain baju dalam bakul or yang kita dah lipat. Ada masa, time time camnilah dapat lelap mata kejap. Petang kalau tak hujan, hubby bawak we all pusing pusing kejap. Kekadang pi carik kuih ke, goreng pisang ke atau pi pasar malam beli barang dapur. Petang lepas mandikan adik, siapkan dinner. Just lauk tengah hari ajer...After dinner, tengok tv kejap sambil gosok baju sekolah Kakak and baju keja hubby. By 12 tutup lampu sebab nak suruh Kakak tidur. Kalau tak, kul 1 lebih pun belum tentu dia tidur...
Friday, April 14, 2006
Your love Life Secrets Are.....
Your Love Life Secrets Are |
Although you may have been hurt before, you tend to bring very little scars into new relationships. You expect a lot from your lover - you want the full package. You tend to be very picky. In fights, you are able to walk away and calm down. You are able to weather the storm. A break-up usually comes as a shock to you. You always think things are going well. |
Thursday, April 13, 2006
A story
BERTANDANG ke majlis rumah terbuka seorang jiran lama yang tidak pernah lupa menjemput saya hati cukup gembira kerana dapat berjumpa semula teman lama yang sama-sama mencuba nasib di Kuala Lumpur lebih 24 tahun lalu. Masing-masing ceria, bersalam dan berpelukan hinggakan ada yang menitis air mata. Bayangkan daripada anak-anak berjalan tatih sampai sekarang sudah menjadi anak teruna dan dara, masing-masing tetap saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Tuan rumah yang saya panggil kakak M nampak cukup gembira. Dia mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya telah berkahwin. Kak M ada tiga orang cucu. Sayangnya pada hari itu saya tidak nampak seorang pun anak-anaknya yang telah berkahwin ada kecuali yang bongsu sebaya anak saya berusia 13 tahun.
``Mana Ashraf, Nani, Ita dan Zack? Tak Nampak pun..'' tanya saya. Kak M berhenti daripada mengangkat gelas dan memandang tepat ke wajah saya. Seperti ada yang ingin disampaikan kak M, saya mengikutnya ke dapur, tolong-tolong apa yang patut.``Kamu tahu.. mana hendak budak-budak itu tinggal lama kat rumah ini sempit. Anak bini dia orang tidak selesa.. tak best..'' katanya menjuih bibir.
Saya tersentak. Apa yang dimaksudkan tak best.. sedangkan seingat saya Kak M yang saya kenal daripada dulu hingga sekarang tetap tidak berubah. Ramah, suka tolong orang dan suka jemput orang makan. Pendek kata kalau bulan puasa, bab makan memang selesai. Ada-ada sahaja yang Kak M hulurkan.
``Mereka balik Hari Raya pertama sahaja... itupun duduk hotel. Tak tinggal dalam rumah ini. Anak bini tidak selesa.. rumah aku ni kan tiga bilik sahaja..mereka nak banglo agaknya.``Pada hal dulu mereka yang berguling dan berperang dalam rumah ini. Tak pun bising tentang bilik kecil. Kakak tak kisah. Tapi abang kamu tu yang kecil hati.'' katanya menuding jari ke arah suaminya.
Saya merenung wajahnya. Dapat saya baca yang Kak M juga terguris hati dengan tindakan anak menantunya yang tidak tinggal di rumahnya semasa Hari Raya lalu sebaliknya menempah hotel. Tanpa niat menjaga hal peribadinya saya beranikan diri bertanya, selalu ka macam itu?
``Hah. Tiap-tiap tahun macam itu. Kalau orang lain sibuk tunggu anak menantu dan cucu balik pada malam raya kakak tak tunggu sapa-sapa. Sebab kakak tahu, mereka balik tetapi tinggal di hotel. Kalau sampai awal, jenguklah mereka pada malam raya, kalau tak... telefon sahaja bagi tau sudah ada di kampung. Pagi raya baru nampak batang hidup.``Nak kata apa lagi. Nama pun anak. Asal balik sudahlah...Kakak tahu anak-anak tak banyak kisah tapi menantu dan cucu dari bandar tu yang kecoh. Tak selesa, panas, bilik air kotor, macam-macam lagilah..`Macam kakak tak pernah bersihkan rumah ini. Kamu tengoklah... berapa banyak kipas angin ada dalam almari itu. Untuk apa, kalau bukan untuk mereka guna bila balik. Tapi apa nak buat. Orang nak hawa dingin, bukan kipas. Kena terimalah,'' tambahnya lagi.
Saya tidak terkata apa-apa. Tidak sangka pula Kak M yang nampak gembira sepanjang masa itu punya cerita sedih tentang anak-anaknya. Malah seingatsaya dia tidak pernah langsung bercerita tentang perangai anak-anaknya itu kepada sesiapa pun. Setiap masa dia asyik memuji anak-anaknya, berpendidikan tinggi, dapat kerja bagus, dapat isteri cantik dan berjawatan tinggi.
``Tuhan sudah bagi kakak anak-anak yang menjadi. Menantu dan cucu yang comel.. tapi dia uji pula dengan cara lain. Kita kena reda. Nak buat macammana. Nak dendam dan benci pun darah daging kita...aku tidak kisah lagi. Malas hendak fikir, kalau ingat-ingat mahu menangis siang malam. Tapi syukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Setahun sekali mereka balik pun cukuplah...'' tambahnya sambil mengesat air mata.
Terasa bersalah pula saya bertanyakan hal anak-anaknya. Lalu saya meminta maaf kalau soalan itu mengguris hatinya. ``Tidak apa. Elok kamu bertanya. Kakak pun sudah lama simpan rahsia ini, elok juga luahkan pada kamu yang kakak anggap seperti adik kandung. Itulah kita ini, bila sudah tua kena redha dengan sikap anak-anak. Buruk ke baik ka kena terima walau pahit. Sudah jadi tradisi sekarang ini.
``Anak-anak, menantu dan cucu kalau terlalu hidup mewah dan bergaya begitulah jadinya. Bukan tidak tahu asal usul mak bapak, tapi kerana gaya hidup, perasaan mak bapak diketepikan. Isteri dan anak-anak yang lebih penting. Kita orang tua ini kena beralah,'' tambahnya.
Kata-kata kakak M menghentikan soalan saya selanjutnya tetapi nampaknya kakak M masih ada cerita untuk diluahkan. ``Kamu tau.. dulu anak menantu aku tu tidak macam ini. Mula-mula kahwin dulu mahu juga dia orang tidur dirumah ini tapi sejak anak-anak membesar, macam-macam hal berlaku. Konon anak-anak tidak lalu makan masakan kampung. Air tidak bersih nanti badan gatal-gatal. Kakak pun hairan bertahun-tahun kami hidup dalam rumah ini guna air paip yang sama tidak pula badan gatal-gatal. Ini asyik jerit nak makan ayam goreng dan burger sahaja, apa hal? Sekarang ini mereka nak tengok Astro, sakit telinga kakak tapi buat! tidak dengar sahajalah,...''tambahnya.
Sekali lagi saya terkedu. Begitulah jika anak-anak telah diasak dengan gaya hidup cara orang Barat. Tidak mesra dengan datuk nenek dan saudara mara.
Yang saya pelik kenapa ibu bapa generasi muda ini tidak mendidik dan memberi nasihat, ikut sahaja apa kata anak. Biarpun saya simpati dengankak M tapi apa yang boleh saya buat. Kepada kak M saya minta dia bersabar. Mudah-mudahan satu hari nanti anak-anaknya akan sedar dan berubah.``Tidak apalah... kalau itu jalan hidup yang mereka pilih, kakak redha. Asalkan mereka anak beranak bahagia sudahlah. Kakak sudah tidak ada apa lagi yang hendak dikejar. Tunggu masa nak pejam mata,'' ujarnya sayu.
Saya terpukul dengan kata-kata kakak M. Itu habuannya. Pun begitu saya kagum dengan sikapnya yang tenang. Tidak Nampak kedukaan pada wajahnya walaupun saya tahu jauh di sudut hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.Kisah yang kakak M alami bukan pertama kali saya dengar, sudah berpuluh-puluh kali. tidak ramai orang tahu betapa anak-anak era melenium ini tidak tahu menghargai dan menjaga hati orang tua. Malah mereka lebih mementingkan gaya hidup.
Apa pun kisah kak M mungkin boleh dijadikan iktibar untuk kita bersama. Kepada anak-anak yang menganggap diri mereka `orang bandar'' fikirkan dan renungkan kisah ini. Mungkin anda tidak perasan telah mengguris perasaan ibu bapa. Sesekali balik kampung tambahan pula pada hari baik dan bulan baik ini,apa salahnya menggembirakan hati orang tua, jangan biarkan mereka menitiskan air mata kerana kelalian kita sebagai anak.
Cuba anda pejamkan mata, bayangkan zaman anda anak-anak, remaja dan kinimenjadi ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang membesar. Siapa yang mendidik dan menjaga anda? Kemudian renunglah wajah anak-anak anda yangada di depan mata. Bayangkan, bagaimana perasaan sekiranya 10 tahun daripada sekarang mereka pula yang berbuat demikian kepada anda? Penutup kata pesanan saya untuk diri saya dan anda juga, Ibu menjadi lambang teladan dan kelembutan serta keanggunan, sumber kasih sayang dan cinta kasih yang Allah S.W.T ciptakan. Ibu bagaikan mata air cinta yang mengalirkan kasih yang meluap-luap untuk anak-anaknya. Kasih dan cintanya bagaikan laut tidak bertepi!
Thursday, April 06, 2006
What's Next?
Anyway, even after 3 days pun, just the thought of it or the mention of it but aku dok leleh jugak. Arrrgghhh....No ! This is not good. Very bad. Hubby made me promise. "Jangan nangis lagi about this contract thing. We'll figure things out. We'll pull through together. You can always help me with my work." Thanks dear...
Word of concerns from a few close friends also certainly made me felt better. Biaq pilah kalau tak mau sambung contract tu kan. It's not the end of the world. Then dok baca blog AuntyN (Passion And Attitude), came across comment made by MakAndeh "When one door is closed on you, another one opens. Only that, do not keep looking at the closed door for too long, lest we missed out the open doors."
And these past few days, I feel good. Yeah...I actually feel good. Sekarang ni hanya menghabiskan sisa-sisa waktu terakhir kat this organization. Task dah takde lagi. Cuma tolong kat mana yang boleh ajer. Tu pun kalau diperlukan jer...hehhehe..Selebihnya, baca blog orang...heheheh...Hari ni baru je khatam baca blog Kak Sya.
17 April nanti ada interview kat Kota Damansara. Well, I'll just go and give it a try. Jangan pressure lagi...relaks relaks....Kalau ada rezeki, tak kemana.
Tapi yang paling rasa heaven sangat, yang buat hati rasa lega, tension and sedih hilang terbang melayang entah kemana is when I go home to the smiling face of adik and kakak. Terus cair...hehehehehe