Tales from Two Cities

Tuesday, January 30, 2007

Konsert Tadika Dania




25 November 2006. Other school dah start cuti one week before that. Kakak still gi sekolah lagi, practising for the concert. Hari hari balik dari sekolah, dia demo apa dia dah praktis. Dia kata dia buat 2 tarian, Bhangra and Thailand. So on the day itself, we were as excited as Kakak. Kul 11 lebih dah sent her to Century Paradise Clubhouse untuk bersiap siap, before that we sent Adik to rumah my aunty dulu. Takut event lama sangat, so we decided Adik stay rumah nenek kejap. Then we went for jalan jalan kejap kat Jusco Wangsa Maju sementara tunggu kul 2. Took a light snack untuk alas perut.

Masa we all sampai, boleh tahan ramai jugaklah yang dah sampai. The ballroom was nicely decorated, with the childrens artworks and pictures taken from the childrens'school trips and activities were being put up on the soft board all around the ballroom.

Around 2 pm the concert started with the kids parading into the ballroom holding balloons yang later on dilepaskan dalam sekeliling ballroom tu. It was so sweet and beautiful...pastu nyanyi lagu NegaraKu, followed by speech from the principal, then the certificates were given out to each student. Letih wooo tunggu turn Kakak amik her certificate. Rasanya lebih seratus student coz combined 3 centres...then semua classes amik certificate. Cumanya those yang 6 years old ada pakai jubah macam kita konvo tu....Lepas semua kids dapat their certificate, barulah konsert start.

Finally !!! They were so cute with their costumes. The theme was Alice in Wonderland where Alice travel around the world and experienced different cultures and dances. So there were Arabic, Japan, Thailand, Africa, Hawaii, Malaysia and a few others. Meriah betul !!! Yang buat audience tergelak tu bila dengar the kids counting their steps as they danced. So we all dengarlah diaorang sebut one, two, three, four sambil menari...ada masa-masa suara mengira tu lagi kuat daripada bunyi muzik...Comel sangat!!!

We waited eagerly for Kakak's turn. Nasib baik we all dapat table yang betul betul along the walkway. So nampaklah the kids kuar masuk and ready to perform. Memula sekali she performed the Thailand dance, dengan pakai kuku palsu yang panjang melentik tu then the baju berkemban. Agaknyer Kakak tak duduk diam or teacher tak pakaikan betul-betul, baju Kakak terlondeh sikit..heheeh..dah ler dia depan sekali....But she got her steps right and so did the others. The other dance was the Bhangra dance. yang ni memang rancak. So Kakak pun kemain lagi henjut lagi atas pentas. She really enjoyed herself.

Around 6 barulah konsert habih. By that time, food pun dah selamat jalan. Tak cukup beb !!! Sib baiklah dapat rasa sikit mee and some kuih. Towards the end tu, orang makin ramai dalam ballroom tu. Memang agak pack lah. Tu yang food pun tak cukup agaknyer...Guests datang more than the tickets issued. Then ramai gak yang datang bawak anak-anak lain. Rasanya this year kena carik tempat besar lagi sikit lah kot to accomodate all the parents and anak-anak. One more thing, the stage tu kureng sesway....sama level dengan mata audience aje. So bila audience duduk tapi nya ramai parents yang pergi ke depan to take photos or videos of the kids, kami yang duduk ni dah tak nampak sangat, blocking....Maybe next time the teachers or event management boleh take this into account. As for me and hubby, we just snapped a few photos of Kakak, then just order the CVD of the concert yang handled by the event management.

Overall, it was fun and exciting watching the kids's performance. Cute and kelakar....So kakak ada lagi 2 tahun in the pre-school. So 2 more concerts to go....Oh ya !!! Balik rumah my aunty nak amik Adik, tengok Adik dah pakai subang. Lah..Dah bertindik dah budak kenit comey sorang nih..Hehehhe...Makcik cakap kesian Adik tak jenjalan kemana, pakcik and makcik bawak dia jalan Carrefour. Terus tindikkan sekali telinganya. So now both Kakak and Adik dah bertindik....:D

Tuesday, January 23, 2007

Sambung citer tahun lepas

*****Taip dah lama, baru la ni nak publish...teruk betulllll*****
Agenda Selepas Raya Puasa

Back to work dengan malasnyer...hehehe....Dah lama sangat bercuti...Mood raya plak masih bersisa. Badan pun rasa semacam...Rasa nak baring ajer...Tahun ni kuih raya langsung tak de selera nak makan. All those cookies yang dibeli semua tak berusik. Rasa cam loya aje tengok all the chocolates and terbayang butter and flour...Muak plak...Last last bungkus, bagi kat adik ipar bawak balik ke Cyber. Daripada membazir kan...Orang bujang sukalah dapat makanan free...heheheh

Myself still lagi rasa lembik aje...Kejap kejap baring, terlelap. Muntah muntah kuranglah kalau nak banding dengan second pregnancy. Tapi tengok hubby plak yang teruk mabuknye kali ni. Memang biasalah everytime I'm pregnant, dia pun turut mabuk and muntah sama...Sehati sejiwa...member-member office dia dok gelakkan dia sebab dia plak yang mabuk and loya...hehehehe...biasanya tiap kali dia mandi, mesti dengar dia uwek uwek...pastu muka toyer ajer...bila tanya kenapa? Dia kata muntah....Alahai kesiannya dia...Takperlah yang...tu nak bagi rasa sikit aje daripada apa yang pregnant women rasa...heheheheh...Lelama nanti
oklah tuh...

Nothing much happened in November. Work is as usual. Taklah busy mana pun. Just prepare all the tender documentation untuk board meeting. 2 hari layan menatang tu ajer...Lepas tu relaks. Selagi projek tak start, camnilah nampak gayanya...December...The very much awaited month...Sebab 17 December is dear hubby's birthday. Tengah dok berkira kira, dok pikir pikir apa nak bagi as birthday present, tetiba hubby call plak bagitau air kat rumah kena blocked. Hubby pergi management office kat Pandan Indah, rupanya orang kat situ kata we have to pay about RM800 to release it. Dia cakap bulan 8 hari tu ada paip pecah...so we have to bear the cost. Apa ler lahabau punya management !!! Tensen giler dengar. Of course we were not the only unit yang kena, ada ler a few units lain kat block B tu kena gak...Eiii...geramnya !!! Dah argue berbagai, nak tak nak bayarlah RM800 tu...staff situ cakap, for the next few months ada rebate RM60...Eii !!! Tak kiralah...Still sakit hati jugak tau !!! Since hubby already paid installment untuk 2 kereta tu, so had to fork out RM800 from my accountlah...Makanya budget sudah larilah mau beli present....In the end, I just wished him happy birthday and said sorry I have to postpone the present to some other time...Hehehehe...Dia kata takper...it's ok...

2nd December : Ada di JB coz my sister is getting married. Kakak and Adik dah balik JB since Rabu, ikut my aunty balik naik bus. Masa memula my aunty bagitau dia nak naik bus to JB bawak Kakak and Adik, rasa macam...aisey..boleh ke dia handle budak berdua tu sensorang...Dah ler lasak kemain. Jauh plak tu perjalanan kan...Since dia kata takper..boleh punya. Just suruh my parents tunggu kat stesen bus Larkin tu nanti. So, hari Rabu hantar Kakak and Adik ke rumah aunty, siap sekali dengan beg baju diaorang. Bus kul 10 pagi. Sib baik sempat naik dari bengkel MARA kat Keramat tu, kalau tak jenuh plak my uncle nak kena pi hantar diaorang ke Pudu. Called a few times along the way to make sure things are ok. Adik aje memula takut...peluk nenek dia kuat kuat....sampai lepas Nilai barulah boleh lepas pelukan and nak duduk sendiri pulak. Maklumlah first time dia naik bus...hehehe...Kakak as usual, memula aje behave, lelama dia bosan, mulalah berjogetlah, melompatlah...risau nenek dia...takut jatuh dalam bas, kan...But alhamdulillah pukul 3 lebih selamat sampai di stesen bus Larkin. Mak ayah dah lama gak tunggu...Malam call, adik and kakak ok. So, nothing to worry. Heheheh....Mummy and daddy honeymoonlah kat KL...:)

Me and hubby bertolak ke JB lepas dinner Khamis malam. Tu pun berenti lelap kejap kat Pagoh. Hubby tak tahan ngantuk sangat. nak take turn drive, dia tak mau. Finally arrived kat rumah mak around 2 something. Borak borak kejap pastu belayar ke La la Land.....zzzzzzzz

Esoknya tolong siapkan bunga pahar, kemas bilik pengantin, masukkan gula gula dalam bekasnya. Kerja-keja lain yang major mostly dah siap. Start tengah hari tu, kepala sakit sangat. Berdenyut denyut. Makan ubat, baring....Pun tak hilang-hilang. Sampai 3 harilah camtu...Tak selesa sungguh. Malam nikah tu (Jumaat), lepas mandi sementara tunggu akad nikah start lepas Insyak, baring aje...Habih akad nikah, sambung baring balik...Makan sikit, pastu terus ke dewan depan rumah tu untuk berinai kecik. Lepas tepung tawar pengantin, amik-amik gambar, balik baring semula. Tension gak dibuatnya...Hari kenduri (Sabtu) tu pun still macam tu, panadol memang dah telan. Gagahkan jugaklah tolong buat hidangan untuk makan beradab. Lepas mandi dan bersiap, gi lah jenguk kejap pengantin bersanding kat dewan, jamah makanan sikit buat alas perut. Pastu balik baring lagi...Bosan sungguh bila sakit kepala tak baik baik nih...Gitulah jugak sampai lah ke hari Isnin tu barulah hilang. Agaknyer cuaca kat JB panas sangat masa tu. Alhamdulillah everything went well....

13-15 December : Induction kat Puteri Resort, Ayer Keroh. First time outstation after dah about 7 years kerja....Before this travel pun from office to site office which is Putrajaya ajer...Although looking forward to it, terasa jugak cemana ni tinggal Kakak and Adik. Mesti rindu giler dengan diaorang. Nasib baik tinggalkan kat nenek dia. Taklah risau. Petang daddy gi jenguk diaorang and bawak Kakak jenjalan makan-makan. First day kakak tidur rumah nenek but second day dia nak ikut daddy balik rumah. Pandai plak behave bila mummy takde. Adik memang stay dengan nenek dia. Adik is too hot to handle...heheheh...

The induction turned out great. Though the program was quite pack, had to rush from one session to the other, dapat plak bilik yang jauh daripada lif, mencungap berjalan kejar masa...hehehehhe...We got the information, the knowledge, met new friends especially from other branches, the food was yummy and quite a variety, the place was much much much better than Seri M*******, big pool, gymn, kira puas hatilah....This is the first time induction buat kat situ. Before this kat Seri M******* kat Genting or Ayer Keroh. Now I heard that organizational dept dah set buat some training and workshop kat situ.

And that was it for December 2006. It had been a great year for me; personal-wise, family-wise and career-wise. There were ups and downs but alhamdulillah we managed to get through it. Hoping for a better things in 2007 !!!!

Thursday, January 04, 2007

Berkurun lama.....

Soooo many things happened in the past few months...Soooo many things to write...rasa macam tak tercatch up....but will try to do it bit by bit so that dapat jadi kenangan kemudian hari....

Rezeki Ramadhan dan rahmat Syawal

The last week or Ramadhan, badan rasa lain macam. Letih semacam ajer...Then I noticed period sudah delay for a few days. Kalau ikut kebiasaan, every month akan datang earlier 4 atau 5 hari from the previous month...but this time it was way too late. So bought the pregnancy test kit from guardian and the very next morning just before sahur, test. POSITIVE !!! Alhamdulillah....rezeki Allah bagi. We were really excited about it. Ingatkan kot dapatlah penuh pose tahun ni tapi 2 hari buang...morning sickness..muntah pepagi nak bersiap gi keja...tekak rasa semacam...The last week of Ramadhan tu memang melepek ajer...Sabar sabar....

Then during the last week of Ramadhan tu jugak, Adik finally walked on her own. Syukur sangat !!! Memula tak perasan tapi tengok lelama rupanya dia dah boleh melangkah jauh and lama...Seronok sangat !!! Kiranya our target to add a new family members after Adik managed to walk is finally achieved. Just right on time !!!

We spent about 5 days kat Temerloh. Tahun ni first time beraya without arwah mak mertua. Kalau tak, sure dialah orang paling sibuk menyiapkan itu ini. But tahun ni ala kadar aje. With me yang mabuk and letih aje, I just helped hubby's aunty siapkan barang nak masak aje...

Pagi raya lepas breakfast, layan orang datang rumah kejap..around 11 something we headed to Lipis to visit hubby's grandmother. Tahun ni jugak first time beraya without arwah Aki dia. He passed away tak lama lepas arwah mother in law. Sakit tua..Since then, Wan duduk gilir gilir di rumah anak-anak yang lain or kat kampung asal dia. Sekejap dia dok Raub rumah Mak De, kejap di Lipis rumah Ayah Cu, Kejap kat KL rumah Ayah Cik, kejap dia pi dok Mela rumah sedara mara dia. Kat Temerloh je rasanya belum lagi tinggal lama...Agaknye dok teringat arwah mother in law. Rumah tu pun sunyi...Yerlah...rumah besar 5 bilik, tapi dok 3 orang aje...Abah, Adik ngan Chik (makcik hubby sebelah abah). Dulu masa arwah Mother in law masih ada, rumah tu memang biasanya jadi tempat adik beradik dia berkumpul. Ingatkan tahun ni pun macam tu la jugak..Semua kumpul dia Temerloh aje, semua dah pakat setuju tapi Wan nak jugak jugak beraya rumah kat Lipis tu. Lama dah tinggal rumah tu..so semak keliling, habuk bagai. Dah Wan insist jugak, terpaksalah Ayah Cu, Pak De ngan Ayah Cik bersihkan rumah tu. Bukak baling palang palang kat tingkap dan pintu semua. Before ni berpalang sebab banyak kali dah pencuri masuk rumah tibai periuk belanga. Sib baik la fridge 2 ketul ngan katil kawin Ayah Cik tu berat, tak leh angkut senang senang. Kalau tak, mau licin rumah tu dibuatnya. So tengah hari first raya tu sampailah we all ke Lipis...Terus sorulah, apa lagi !!! Rehat rehat tengok tv, sembang, dalam kul 5 gitu bertolak balik ke Temerloh. Letih badan...nak plak tengah mabuk ni.

Raya kedua lepas breakfast, bertolak ke JB pulak. This time around, hubby cakap kita ikut Segamatlah pulak. Tak yahla nak masuk KL balik then hala ke JB. Lagi ler jauh kan....Jalan ke Segamat tu ok cumanya bila dah ngekor bus yang jalan macam orang mabuk, lampu break pun takde, risau betul !!! Nak potong pun payah sebab kereta boleh tahan banyak gak. Dalam 2 lebih jam perjalanan, sampai ler Segamat, terus ke rumah Mak Lang. Terkejut dia heheheh...Main redah aje pi rumah dia...Lama dah tak singgah Segamat and jalan jalan rumah adik beradik my mom kat sana. Elok letak aje punggung kat rumah Mak Lang, mak dah call dah tanya bila nak sampai..heheh..tak nyempat nyempat mak ni...Rindu cucu la tuh...Orang baru je sampai rumah Mak Lang ni...Kejap lagi bertolaklah..heheheh...So lepas lunch, duduk rehat kejap, mintak diri dulu sebab nak singgah rumah Ucu plak. Dekat aje dari situ...Pun lama tak jumpa Ucu and Umi. Rumah dia riuh, anak anak ramai...ada 10 orang..hehehe...Sebenarnya Ucu dulu kawin dengan adik mak tapi Ucu Roha meninggal dunia lepas diaorang accident. Masa tu bulan pose, dah nak raya pun and masa tu jugak dah plan nak buat majlis tunang hubby and me. So Umi ni is his second wife...Nantilah lain kali citer...Quite a long and sad story...Back to citer raya, almost 7 baru bertolak dari Segamat to JB. kereta banyak gak. Jam sikit kat Tol Skudai since the third day of raya orang dah start kerja....Memang letih giler travel hari tu. Sib baiklah masa tu lom start muntah muntah lagi. Just badan letih and penat jelah...Spent the rest of the week kat mostly kat rumah. Cuaca plak panas. Malas betul nak keluar pi memana. Since kat JB tu we all takde sedara mara (sedara mara kat KL and Segamat aje), makanya lepak kat rumah. Paling jauh pergi pun raya rumah member lama kat Stulang then terus ke Danga Bay sebab Dania bising nak pi sana...Ikutkan jelah...Patutnya Ahad balik KL sebab Isnin dah kerja tapi ngelat..Bagitau office, MC sebab morning sickness. Kehkehhe...Jahat tul !!! Lepas breakfast, we all and family my sister pun bertolak balik ke KL. Hampir lagi kena saman sebab bawak sampai 129. Sib baik abe polis baik hati raya raya nih...Hubby pun tengok kita terlelap aje, bantai tekan minyak...Sedap aje bawak sebab tak terasa gegar. Dekat kul 1 baru sampai rumah...rehat dan tidur...Penat tapi seronok !!!

p/s: Publish ni dulu aaa..tak larat nak taip bebanyak...kehkehhe...At the moment, I'm 4 months pregnant. Both mommy and baby are fine. Everytime check up akan scan and dr printkan gambar. But ada masa still rasa mual and loya...Other than that, I feel great !!!