Tales from Two Cities

Friday, February 25, 2011

Terapi Berkuda

Semalam 24 Feb 2011, kelas pendidikan khas sekolah dina start buat sesi terapi berkuda yang pertama untuk tahun ni. Lokasinya bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Mulanya ingatkan nak pi tengok gak tapi bila pikir pikir kang dia nampak kita, mulalah dia meleseh, melekat, merengek tak mo join aktiviti...kami kensellah plan nak pi tengok walaupun kebetulan semalam aku cuti. Pagi hubby hantar dia macam biasa then the kids naik bas ke Taman Tasik Titiwangsa.


Kenapa Terapi Berkuda? Some info googled in the internet..."Terapi berkuda membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan keseimbangan badan, membantu kanak-kanak untuk lebih fokus, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. Antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi berkuda ini adalah seperti strok, serebral palsy, sindrom Down, ADHD, masalah pembelajaran, lembam dan sebagainya.Menunggang kuda membangkitkan kekuatan otot apabila kanak-kanak itu perlu menyeimbangkan tubuh mereka di atas kuda.Kelajuan kuda yang berubah juga memberi kesan kepada tubuh kanak-kanak sekali gus membuatkan perkembangan motor mereka bertambah baik. Terapi berkuda juga meningkatkan daya kepekaan kanak-kanak terbabit. Terapi berkuda ini juga meningkatkan kemahiran bercakap dan kognitif lebih-lebiah lagi pada kanak-kanak autisme bermasalah dalam pertuturan dan memahami arahan." Gitulah serba sedikit kenapa anak anak ini buat aktiviti berkuda ni...


Bila pi amik dia kat kelas after school, tanya cikgu dia apa cer dia hari ni kan??? Cikgu kata memula takut...takut..dok pegang baju cikgu...tapi lelama ok dah...Takper, slowly la kan...lepas ni dah confident, mesti seronok sakan aje tak sabar nunggu the next session.

Dalam kereta, kemain lagi dia riuh nak citer dia buat apa...siap demo naik kuda...dia kata pi taman, makan nasi...best...hahahah...Seronok kemain !!!!


Gambar semua cilok dari FB kelas pendidikan khas sekolah Dina...thanks cikgu cikgu yang rajin amikkan gambar !!!






















4 Comments:

  • Wah syoknya...saya pun teringin nak buat terapi ni ngan Hasif suatu hari nnt. Saya pernah tulis hal ni kat blog saya. Kat sini

    http://yang-teristimewa.blogspot.com/2010/11/hippotherapy.html

    (promote blog sndri ni..hehe..)

    Cuma baru2 ni saya ada baca satu artikel kalau anak kita ada atlantoaxial dislocation haruslah mengelakkan diri dari melakukan aktiviti ni cos ia akan memburukkan lagi condition yang teristimewa kita.

    By Blogger Azma, at February 26, 2011 6:37 AM  

  • bagus ek sekolah dia ni..thumbs up to Dina!

    By Blogger mamalisa, at February 27, 2011 4:56 PM  

  • seronok tengok dina enjoy tu..

    By Blogger Mulan, at March 01, 2011 12:31 PM  

  • Kak Azma...yeah betul!!! Do check with the doctors first before getting involve with such activities, kan...(mana ada promote kak...tu semua info berguna tau !!! sharing is caring...:)

    Mawar...rasanya semua sekolah yang ada pendidikan khas akan buat such activities kot sebab kalau search, mmg banyak sekolah buat..another therapy is hidrotherapy..pi swimming...:)

    Salam kenal Mulan !!! Thanks for dropping by from Ganu kita..:). Apa aja yg anak anak kita enjoy buat, kita pun rasa seronok kan...

    By Blogger KLMari, at March 01, 2011 5:14 PM  

Post a Comment

<< Home