Tales from Two Cities

Wednesday, April 19, 2006

My New Schedule....

This is my third day of being a fulltime housewife since my contract ended last week. How was it so far? So far so goodlah...But tiring jugak. Housework is never ending...Dari celik mata sampai nak tidur, ada aje yang tak beres. Well, lets see what is the schedule like...

Bangun takla seawal dulu. Last time it used to be 5.50 tapi la ni 6.30 or 6.40 is just nice. Siapkan sarapan dear hubby kalau dia rasa nak breakfast kat rumah. Normally it's something simple. Dia tak cerewet bab makan. Roti bakar and a nice hot coffee will do. Lepas prepare breakfast for hubby, took my shower. After hubby left, kejutkan Nia and get her ready for school. Liat nak bangun...asyik kata kejap, lima minit lagi. Terpaksalah jek jek dia sikit so that dia bangun mandi. By 8.20, angkut Adik and send off Nia to school. Dekat aje sekolah dia. Tak sampai 10 minit pun....


Balik rumah, bagi Adik susu, had my breakfast, mandikan Adik pulak pastu biar dia golek golek and merayap sana sini main. Masa tengah menaip ni, Adik dok explore barang barang dalam bilik kerja hubby. Habih semua barang diusiknya...Takperlah...janji dia tak merengek. Kain baju masa nilah jugak nak basuh and sidai. Sapu rumah sikit, kemas mana mana yang patut.
Pukul 11.50 karang, dah kena keluar fetch Nia/Kakak from school pulak. But before that, siapkan sikit sikit bahan nak masak. Defrost ayam/ikan, potong bawang, cili. Karang tinggal campak aje dalam kuali.

Balik dari amik Kakak, uruskan dia dulu. Salinkan baju, buatkan susu (yeah...still using bottle. Tak tau ler bila nak berenti. Nasib baik tak bawak pergi sekolah). Kakak and Adik will play together while I cook. Masa inilah kena jadik macam lipas kudung memasak sebab kalau takde Kakak, Adik will follow me everywhere. Ikut aje masuk dapur...tersengih sengih. Takut terpercik minyak panas je kan especially kalau tengah menggoreng ikan/ayam. So terpaksalah berlari ke dapur, campak bahan dalam periuk/kuali, pastu terkejar letak adik kat hall semula. Tapi kejap aje...tetiba aje tengok Adik dah ada kat dapur balik. To and fro ler ke dapur and hall..Kakak biasanya kejap aje dah tidur sebab letih balik dari sekolah.

Lepas masak, bagi adik makan. Then lepak la depan TV sementara tunggu dear hubby balik dari kerja. Lepas lunch, lipat kain yang menggunung tu pulak. Itu pun kira nasib baikla kalau dapat habihkan sebab kalau Adik tak tidur or dia tengah aktif, memang habih dia bongkar kain baju dalam bakul or yang kita dah lipat. Ada masa, time time camnilah dapat lelap mata kejap. Petang kalau tak hujan, hubby bawak we all pusing pusing kejap. Kekadang pi carik kuih ke, goreng pisang ke atau pi pasar malam beli barang dapur. Petang lepas mandikan adik, siapkan dinner. Just lauk tengah hari ajer...After dinner, tengok tv kejap sambil gosok baju sekolah Kakak and baju keja hubby. By 12 tutup lampu sebab nak suruh Kakak tidur. Kalau tak, kul 1 lebih pun belum tentu dia tidur...

So macam tulah my schedule sekarang ni. Penat memang penat tapi seronok and puas anak-anak di depan mata. For the time being, tak taulah sampai bila akan menyandang jawatan surirumah ni. I don't mind...Cuma keadaan belum begitu mengizinkan lagi. Kalau ada offer dalam masa terdekat ni, I would have to acceptlah. Oh yea...Isnin hari tu I went for an interview and assessment (test ler sebenarnya) kat Kota Damansara. They scheduled for the second interview esok pukul 2.30. So, kalau ada rezeki, dapatlah...Jauh tuh !!! Kota Damansara....heheheh...tengoklah cemana esok.

4 Comments:

  • Jadi housewife sebanrnya tiring.. tapi ada satisfaction sebab dapat uruskan rumah dan kids ya.. Ed pulak selau seronok bila, I cuti, dia balik dah ada minum petang, rumah dah kemas, dinner pon dah masak..tapi takleh jadi surirumah lagi for now..

    U hang in there.. all the best in your next interview

    By Blogger Arena, at April 22, 2006 7:45 PM  

  • KLMari, may I have yr email pls or could u pls email me?

    By Blogger atenah, at April 23, 2006 12:32 PM  

  • KL mari...rutin harian kak lady pun lebih kurang camtu jugak cuma masa hubby takde ni,...tak lah penat sgt...bangun pun sama about 6.45 sebab Farhan kene masuk sekolah jam 7.30...kene bawak sikecit sekali...on the way balik drop him kat sekolah then balik...buat blogging jap sambil kemas2 & cuci baju....bab lipa baju kene tunggu malam...kalau tengahari nanti akak terlelap atas timbunan baju...boring sampai tahap ngantuk...

    Apa-apa pun akak...all the best in you next interview

    By Blogger aNIe, at April 23, 2006 11:08 PM  

  • Arena : Yeah..betul tuh. Tiring but was very satisfactory. Tapi mmg betul, buat masa ni tak boleh lagi jadi full time housewife...hehehe..Nak nak duduk di KL ni. Semuanya duit....

    Kak Atenah : Dah email dah...

    Kak Lady : Heheeh...sampai tertidur yer...Mmg kan...nak nak sambil tengok tv, lipat baju, lama-lama tv kemana, kain ke mana...saya kalau nak melipat baju, biasanya tunggu Adik tidur dulu. kalau tak, kita lipat, dia tarik, kita susun, dia bongkar...Ada sekali tu dah geram, kuarkan semua kain baju dari bakul, masukkan Adik dlm bakul pulak. Baru ler dpt melipat baju..heheheh

    By Blogger KLMari, at April 24, 2006 12:09 AM  

Post a Comment

<< Home