Tales from Two Cities

Friday, June 30, 2006

Finally Friday is here....

Yup !!! It's Friday...hari yang paling ditunggu-tunggu. Hehehehe...Sebab esok cuti....Letih giler babas kerja sekarang. Hari ni plak demam. Since semalam lagi dah demam tapi gagahkan jugak pergi keja sebab ada kerja nak kena submit this week. Last last tadi still tak dapat nak siapkan jugak due to tak cukup info...Makanya bersambung ler pulak minggu depan.

Got a call from UNI** petang tadi informing that the offer letter dah siap and can be collected. Terkedu kejap dibuatnya. Ingatkan dah tak dapat dah job tuh..yelah kan, hari tu interviewers can bising sikit aa sebab notis 2 bulan...Lama sangat. Tetiba aje plak suruh datang amik offer letter. Monday morning nilah pergi collect and see what they have got to offer. Serius tak larat keja kat the current place ni. Balik paling awal is pukul 8....biasanya almost 9 baru keluar dari EPF tu. Sampai rumah dah pukul 10 lebih....Makan malam pun kekadang tak larat dah...Rumah ada serupa sikit macam itu tongkang pecah yang diserang raksasa gorgon (Kakak and Adik punya keja)....Hehehhe...Sib baik ler hubby tolong sapu and kemaskan mana yang dia sempat. So I am seriously thinking of quitting from the current place. Dahler takde EPF, benefit pun ciput....So, hopefully the offer is goodlah....We'll see Monday nanti.

Yesterday ada company meeting cum hi-tea. More of a get-together and get to know each other session lah...Other than that, updates on the company. Then those whose birthday falls on April, May and June was given a suprise. Ada kek besar and present utk yang berkenaan. Makanya, naik ler aku ni ke pentas utk potong kek....kehkeehkehkeh....Segan gak. Tapi nasib baik ler ramai....

What else yerk ??? Oh....kakak telah menggunting sendiri rambut dia yang panjang tu sampai jadi gonjeng masa balik ke Pahang last weekend. Rambut kat depan sampai jadi tercacak diguntingnyer. Pastu tengok kiri kanan dia pun dah kontot. Terpaksalah guntingkan bagi sama rata kat belakang. Esoknya(Monday), nenek busu dia bawak pi kedai gunting sebab nak kena alter sikit kat belakang. Cina tu kata dah banyak sangat dia gunting, susah nak kasi sama rasa. SOOOOO.....now ni dah pendek giler....Macam boy...Lagilah nampak nakal muka dia...Nenek busu dia citer, masa kat kedai gunting tu, siap request suruh kalerkan rambut dia warna merah lagiiii.....Amboi amboi amboi...banyak cekadak....So now ni dia dah janji dia tak nak dah gunting sendiri rambut dia...Iyolah tu...

Me, hubby and Kakak went to Kuching for a short trip on 15 June sampai 17 June hari tu. Tiket free maaa...Adik too small nak bawak. Nanti dia letih, lagipun dia tak leh jalan lagi...Tak larat nak dukung dia..and knowing kakak, dia mesti akan suruh dukung dia nanti. True enough, asyik merengek aje suruh dukung bila takde benda yang menarik untuk dia usik bila berjalan jalan. Penatlah..sakit kaki lah...tapi bila sampai aje hotel, tak reti nak baring langsung. Main lagi...Eiii...Letih layan perangai dia ajer. We took the Sky Bus to LCCT. Not badlah...siap tidur tidur lagi dalam bus. Sampai LCCT, grab McD. Flight pukul 7.40....Took about 1 hour and 45 minutes to Kuching. Landed kat airport Kuching, hubby's friend, Is dah tunggu. Dia orang Johor tapi dah lama giler kerja kat Sarawak nun. Kawin ngan orang sana lagiiii....

Nasib baik ada Is. Dia hantar pergi hotel for check-up then we went out for dinner. Was almost midnite masa balik ke hotel. Kebetulan masa tu tengah ada Malaysian Open. So the Malaysian players and the coaches stayed at the same hotel. Masa breakfast tu, ada ler Lee Chong Wei, Cheah Soon Kit, Rashid Sidek and wifey, Rexy Mainaky, etc....Sempat gak tanya how was the game. So the agenda of the day is jalan jalan kat Waterfront. Since hotel tu opposite Waterfront, senanglah jalan kaki ajer....Took a boat ride for about half an hour kat sungai Sarawak. Lunch time, Is picked us up and pergi makan then drop us kat muzium. Kakak had a great time kat muzium especially bila tengok all the animals yang diawet. Then from the muzium, we walked back to the hotel. Lalu ler kat kedai kedai jual souvenir. Survey survey dulu apa yang menarik.

Malam dinner with Is lagi. Obviously he and hubby banyak betul citer dishare. They were classmates masa sekolah menengah kat Kuantan. The last time they met was in PD, masa reunion sekolah. Memasing lom kawin masa tu. La ni jumpa, memasing anak dah 2. After dinner, bawak we all pusing pusing Kuching.

Esoknya lepas breakfast, bermulalah misi membeli souvenirs untuk dibawa balik. Takde ler bershopping sakan. Tikar tikar sarawak yang famous itu pun tak beli. Next time datang ke Kuching nanti bolehlah beli. Is pun ada mention, next time datang, bolehlah pergi ke Sarikin nak shopping shopping. And Kakak rasanya tak dibawak ler nanti...hehehe...mana nak dukung dia lagi, angkat tikar lagi kan...KehKehKeeheehkeh...So we bought a few t-shirts and souvenirs utk member-member. Lepas check-out, dok kat lobby tunggu Is. Dia ajak rehat/lepak rumah dia ajer sementara tunggu flight. Flight pukul 9.50 plak tu...Pukul 2 lebih dia sampai, terus ke rumah dia. Minum-minum and hubby and Is sambung citer sekolah diaorang. Petang sikit, Is bawak jalan-jalan ke Muzium Kucing. Banyak betul gambar kucing yang comel comel. Sapa yang minat/giler kucing, mesti geram ajer tengok. After that, ingatkan nak pi pasar Satok tapi cuaca tak mengizinkan. Balik semula ke rumah Is, mandi-mandi and bersiap. Makan malam, mak mertua is masak ikan terubuk bakar...Amboi...sedap betul...tapi tang tulang dia tu ler yang tak tahan tu...

Pukul 8.30 we left for airport. Thanks a million to Is's wife and family sebab susah susah aje masakkan utk kami. Insya Allah bebila kami ke sana lagi, kami singgah. After we took some photos kat airport tu, we said our goodbyes and terus ke departure hall. Tetiba ada annoucement, flight delay satu jam...Aiyoooo....Melahu lah kat situ...Kedai pun semua dah tutup. Borak borak aje dengan hubby while kakak buat hal dia pi main dengan this one baby. The baby pulak kemain suka lagi. Tergelak gelak pastu kejap kejap peluk kakak....Teringat plak kat adik...Eiii...rindunyaaaa...

Kul 10 lebih, flight sampai. Hujan agak lebat jugak. Sementara beratur tunggu turn nak naik flight tu, nampaklah passengers yang baru sampai dari KL. Ish...kesian betul tengok ada sorang pakcik ni. Sakit, bertongkat....Berjalan ler dia dengan tongkat dia terdengkot dengkot sampai dipayung oleh staff Air Asia. One thing with Air Asia, dia takde connecting bridge to the terminal. So passengers kena turun tangga kapal terbang then jalan kaki ke terminal. Kalau cuaca elok and sihat, oraitlah kan...Ni kalau hujan lebat, pastu warga emas or kurang upaya....Eiiissshh....Memang kesianlah tengok...

Flight balik tu pun cuaca agak kureng baik pada awalnya. Bergoyang ajer...Kakak dah tidur kepenatan. Sampaikan masa nak landing pun terpaksa pegang supaya dia duduk sebab nak ketatkan seat belt. Alhamdulillah sampai LCCT, kapal terbang landing tak jauh dari pintu terminal. Jalan kaki sikit ajer...Barang pun tak banyak yang hand-carry. Adik ipar and sepupu dia dah tunggu kat LCCT. Nasib baik ada mamat berdua ni yang dok kat cyber. Kalau tak, mau berlubang besar poket nak bayar duit teksi balik rumah tengah tengah malam dari LCCT tu. Sampai rumah, kemas lebih kurang, terus pengsan...Esoknya bangun pagi terus pi amik adik...rindu sangat....

Oklah. Kepala dah berat ni, hidung pun dok berair dari tadi...Nak pi makan segala ubat yang dr bagi tadi. Pastu nak tidur...Adik dah lama belayar dah...Kakak ada ni kat sebelah berangan main telefon. Hubby kuar jumpa kawan dia...Till then, selamat malam....Mimpi yang indah-indah....

Wednesday, June 21, 2006

Banyak sangat menda nak tulis....Sampai tak tertulis...

Pergh!!!! Rasanya nilah paling lama giler tak update blog. Banyak menda nak tulis sebenarnya tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Kerja banyak giler kat tempat baru ni. Bosan plak tu. Manjang kena buat SQL utk report. Report yang berjuta juta!!! Serius betul!!! Ada banyak yang amat senarai report yang kena buat. Dah tu documentation and data mapping berterabur and mostly takde pun. Kitaorang yang kena buat report ni, terpaksalah membuntangkan bijik mata yang dah sedia rabun ni utk mencarik tang mana ler nak amik data...Tables and columns pun dah ler beratus...Eiii...Memang tension mata dan hati dibuatnya. Last last bebudak yang buat report, main hentam ajelah ikut mana yang logik dan pemahaman sendiri. Dah masuk live or UAT nanti agaknyer baru tau tang mana yang salah. Nak tunggu documentation, hampeh...zaman bila nak siap kalau tunggu benda alah tu.

Enuff on that...Bosan citer. Nyampah !!! Heheheheh....

Well....hubby and I celebrated our 5th wedding anniversary on 26th May 2006. Yang paling menarik, tahun ni 26 Mei jatuh pada hari Jumaat. Hubby and I dinikahkan pada hari Jumaat 26 Mei 2000, lepas Isyak at my parents' house in JB. Kiranya tahun ni macam exactly 5 years ago lah...This year tak sempat belikan apa apa gift. I just managed to sambar a card kat Isetan last few weeks. Itu ajelah yang sempat. We just went out for dinner kat Secret Recipe. Probably will buy him something later....It's the thought that counts, right....Hehehhe...Oh yeah !!! JBMari also celebrated his 5th wedding anniversary on the very same day. Kawin hari yang sama, tak dapek nak gi nengok dia bersanding....kehkehkehehe....Happy Anniversary to you too, JBMari !!! Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan murah rezeki...Bila lagi nak tambah korum tu...Sian Yazmin sorang sorang....:D

Syukur alhamdulillah...sepanjang 5 tahun bersama, gaduh gaduh tu memanglah ada tapi bak kata P Ramlee dalam filem 3 Abdul tu, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri...Tambah berseri lagi dengan kehadiran Kakak and Adik yang sememangnya cukup special. Riuh rendah rumah dibuatnya. Bila salah sorang takde, sunyi ajer...Macam malam ni lah...Kakak aje ada. Adik kena kidnap dengan nenek busu dia...hehehehe...Kalau tak, sah sah dia pun sibuk nak tengok apa mummy tengah buat. Now ni dia dah makin lasak. Dah boleh meniti or menyusur kat sofa and kerusi. Merangkak pun kemain laju lagi. Hopefully she can walk soon. Mesti comel terkedek kedek berlari...Sah sah mummy and daddy pun kena berlari kejar adik....

Saturday, June 10, 2006

At lasttt


Pheww...i pun lama dah tak update blog ni..hehe...(mmg tak pernah tulis pun). Anyway, after a few sarcastic remarks from KLMari (alot actually :)), telinga i dah tak tahan dah, so this is my first writing. As KLMari already explain in her previous topics, we are good friends although we a far apart. Masih rapat mcm dulu masa kerja kat tpt lama. ( we had a lot of fun kan). Sekarang ni kalau contact pun biasanya tru YM or kadang2 I called her. Nak harap dia call, ermmm jgn harap lar.

Okay, about me, ermmm, I dah kawin for about five wonderful years now. Ada sorang cahayamata, perempuan. Nama dia Yazmin. Shes a great daughter. Orang yg paling pandai buat hati I sejuk bila I balik dari kerja. Traffic jam, drivers kat JB ni, jalan yg tgh buat sana buat sini, memang tension, nak nak penat kerja lagi. So sampai jer rumah dia dah tunggu I kat belakang pintu. Kenapa belakang pintu, ermm dia nak sergah I and nak ngk I terperanjat, baru dia datang I peluk i. So bila masuk rumah tu mmg dah tau lar dia kat belakang pintu tu, so bila dia sergah, terpaksa lar berlakon terperanjat, kalau I buat selamba jer…majuk lar dia. Bulan 8 ni genap umur dia 4 tahun. Like KLMari , her eldest daughter dah sekolah. My wife n I decided that we should send Yaz to kindergarten next year. So sekarang ni tgh sibuk carik sekolah yg dekat dengan rumah dan yang sesuai utk dia. Yaz ni her favourite pastime is watching Malay drama dengan Tok Mak dia. Every night mesti ada jer drama yg dia ngk. Sikit hari dulu ngk Natasha, pastu Sembilu Kasih, ntah sekang ni cita apa dia follow pun I tak tau. Wife I risau, takut bila dah besar nak jadik pelakon pulak. Hehe I ketawa jer. As her father, as long as she’s doing well with her studies, I’ll support her in whatever choices she’ll make. We can only provide support n guidance ajer. Budak2 sekarang ni lain, umur nak masuk 4 tahun dah pandai macam2. That’s why tak boley kontrol sangat, kena ajar dia berfikir yg mana baik and yang mana buruk. Okay we’ll discuss about this matter lain kali.

I sekarang kat ofis, Saturday evening, ermm bukan buat kerja tapi tak tau nak buat apa. Kerja habis pukul 1 tadi. My wife kerja sampai pukul 9 malam. Ada promotion. So I’ll have to pick her up while everyone’s watching England Vs Paraguay, huhuhuhu, sedih my favorite team is playing. Tak dapat nengok Live. Apa nak buat…tanggungjawab. Baru jer lepas chat ngan KLMari, cita pasal her new workplace. Sounds exciting. Biasala, it takes time nak sesuaikan diri kat tpt baru. Kena byk bersabar okay friend. Normally kalau kita chat tu, banyak topic yang keluar. Topic2 yang sometimes menarik, a lot of info (agaknya la). Initially my idea for this blog was to paste our conversation in YM and let viewers discuss and maybe give a few ideas regarding apa yg kita chat tu. I akan buat jugak, maybe in my next post. Itu pun kalau dapat sambutan.

So okay lar, I nak balik rumah. Banyak baju yg belum basuh tu. Org rumah kerja, terpaksa lar tolong2 sikit apa yang patut tu.. Haha….ckp jer…ntah sampai rumah nanti…terbongkang depan TV. Till my next post. Bubye

P/s KLMari…..Please, no sarcastic remark lagi k.