Tales from Two Cities

Tuesday, April 14, 2009

Tak tau lerrr.....

No updates yet on the car. Tak larat nak terlalu pikir, nanti tak jadik buat keja lain plak...Kalau betul takde, takde rezekilah...Nak kata apa lagi kan...So mood pun dah kureng, sib baik work load ok. Most of the times, dok layan tengok gambar my angels aje. Edit sikit sana sini, upload kat facebook, layan member chatting kat facebook...Pastu sibuk buat album untuk my parents' anniversary 3 May ni. Kami dah pakai adik beradik nak balik Segamat cuti 1 May ni. Dah alang alang tu, my parents nak buat kenduri doa selamat sikit.

Bulan Mei memang penuh dengan events; birthday celebrations and wedding anniversaries. So untuk menjimatkan kos, pakat pakat kumpul buat sekali harung. On my part, dah tempah cuppies dari Kak Pnut. Album from Pixart pun dah siap. Khamis ni diaorang deliver. Masuk kali ni, dah 3 kali KLM guna produk ni dan memang puas hati. heheheh..Kasi promo sikit. Last time KLM buat untuk my anniversary present untuk hubby dan jugak another one is kenangan masa kami ke Beijing. Tak sabar nak tengok the latest album ni plak...Specially made for my parents for their 34th wedding anniversary.

Layan gambarlah pulak....Nanti sambung entry lagi...






















Dania's happy faces...showing off her present untuk first place kuiz Maulidur Rasul @ school. Macam biasa, dia mintak buku cerita...Meronda kat Kinokuniya mencarik, bought Hero Kampung Dusun. Kalau dia suka, next time boleh beli yang seangkatan dengannya. Memula tengok tajuknya, KLM telek banyak kali title buku nih...Teringat citer P.Ramlee...Sarip Dol samseng Kampung Dusun...so buku ni kira samseng dah bertobat ler nih kot..heheeh




















Dina plak hantu mee...Asyik mintak mee aje. Jangan nak nyebok kongsi mee dengan dia, dia tak bagi....Dia dah pandai makan sendiri dengan sudu garfu.





















Dian is officially hantu sambal. Ni dia tengah sedap mencolek timun dengan sambal tumis ikan bilis. Comot giler !!! Habih merah menyala dua dua belah tangan dia...Marah betul dia bila cakap dah habih dah timun.

Labels:

Friday, April 10, 2009

Ghaib

Hilang. Ghaib. Takde. Gone. Disappeared. Vanished. Dan lain lain lagi perkataan yang sewaktu dengannya. KLM sedih...risau...sejam petang semalam...Kacau fikiran dibuatnya....:(

Alkisahnya balik kerja semalam, dear hubby dah ngajak serbu Sogo sebab ada warehouse sale..Tambah pulak dah dapat rebate coupon...Dapatler 105...I likeeee !!!

Tepat 5.45, cabut !!! Hubby dah tunggu kat lobi. Masuk kereta, tengok muka dia muram ajer...muncung panjang dah boleh sangkut baju. Tanya dia..what's wrong? Why such a face? Dia refused to say anything...laterlah, dia cakap. I kept on pushing him, insisted that he tell me there and then. That was then he told me that..Sentra takde, gone !!! What??? Yessss...Kereta Sentra tu tak tau dah pergi mana. Siapaler pulak yang menciloknyer !!!!!

Sejak kami dok rumah makcik kat Bukit Antarabangsa sebab jaga pakcik yang sakit, kami cuma bawak Altis jek while that Sentra kami tinggalkan kat rumah. Sempit pulak rumah makcik nanti kalau semua kereta bawak ke rumah dia. Tapi dear hubby kerap bawak kereta tu pusing pusing sekitar our apartment, takdelah biarkan aje langsung tak bergerak. Evertime dia balik awal (which he always does, kerja siap awal, dia dah tercongok kat rumah as early as 3 pm), dia akan start enjin Sentra tu and pusing pusing. Tapi petang semalam dia balik awal, masuk rumah rehat rehat kejap, then ingatkan nak bawak Sentra pergi workshop for service or alignment. But the car was not at the parking lot !!!! Berpusing pusing dia carik. Aduh !!!!

Bila KLM dah dengar camtu, tengok muka dia pun dah semacam....ingatkan nak kensel ajelah ke Sogo. Alih-alih dear hubby cakap...."Dahlah, esok tengok cemana. Jom bawak abang pergi Sogo." Ewah !!! Lagi diajaknyer ada ler !!! Tapi hubby memang camtu..Weird !!! If it was the ladies, I would understand tapi men??? Bila dia rasa boring ngadap keja or boring, dia mesti shopping. I remembered he told me that before we met, tiap kali dia frust, dia akan shopping sakan. He even told me that the washing machine kat rumah tu was bought lepas dia frust dengan awek dia. Buleh gitu??? I once joked with him, what would he buy kalau dia frust dengan KLM? I said, belilah kereta ker, rumah ker, pastu kita kiss and make up lah..kehkeehe....

So semalam we ended up shooping kat Sogo, ngabihkan all the coupons yang ada. Bought Dina's Mamy Poko, Dian's milk, bedak Johnson pek kembar (2 ketul for RM10.90), chocolates Cadbury 3 bar (ni wajib beli everytime warehouse sale sebab murah, jauh beza harga. Biasa harga dekat RM7 tapi kalau warehouse sale dalam 4 hengget lebih aje), biskut-biskut Munchy's. Pastu ada plak perfume Elizabeth Arden clearance. Memula macam malas nak layan, tapi knowing hubby is hantu perfume, dah dapat agak dia mesti sambar punya. Bila dia dah amik mana dia nak, dia tanya KLM..tak nak ke? Ni kupon ada lagi nih...kehkehehe...Pantang I tau !!!! Pantang dioffer !!! Teruslah sambar Green Tea Elizabeth Arden RM45. Dianya RM55. Dia topup sikitlah...

Lepas tu balikler kami dengan tangan yang penuh menjinjing beg plastik...sambil menunggu hari esok dengan sabarnya...kehkehehheeh...

Monday, April 06, 2009

Pening kepala...

Managing helpdesk is one of my daily task...so, I received lotsa emails from public, be it parents or the prospective students who are very keen to know about our university. Ada yang tanya pasal program yang ditawarkan, ada yang ada problem nak isi borang online dan macam macam lagilah pertanyaan/komplen/cadangan. But I'm not complaining about the numerous emails I got..cuma yang memeningkan kepala otak dan pedih mata nak baca email yang beratus ratus tu ialah the languages these people used especially the prospective students....Cikgu English pun mau surrender angkat bendera putih kalau baca...Yang Cikgu BM pulak mungkin ada yang rasa nak tercekik baca tulisan budak budak nih...macam takde adab pun yer jugak....Ni antara email yang tanya pasal kemasukan....Semua copy paste bulat bulat dari email.

"ingin mencuba nasib di uni**.." - so applylah...tak kan tak reti reti...

"apply uni**" - seriously, ini aje ayat budak ni....

"sent application foam" - buih apa ko nak?

"nak borang jgkkkkkkkk" - camni gaya nak mintak pos borang ek?

"kat uni** ade x aeronautik or marine engineer?? ade pape borg yg perlu di ambil??? untuk lpasan SPM 2008....dan boleh x bagi jwpan melalui msg kpd hp saye..01XXXXXXXX...sebab jrang sgt online..." - why not take the initiative to go to CC or call the admission department???

"saya amat amat berminat untuk menyertai m*at....ini adalah apa yang saya idam idamkan........m*at......tunggu
aku......."
- This is soooooooo dramatic...ingat ni wayang gambar ker apa?

I really wonder camni ker gaya bahasa bila nak hantar formal email? Why not take the initiative to write in a more formal way? Tu tak termasuk lagi yang hantar email macam chatting dengan kengkawan...Habih semua dishortformkan....Pening kami baca...Ada pulak lagi yang bahasa Inggerisnya, alahai...budak darjah 6 pun tau tulis lagi bagus...simple ayat pun takperlah...ni berbelit belit ayatnyer...Biar simple tapi orang faham takper....Tengok email kat bawah nih...Juga dicopy bulat bulat dari email.

"I is ready take my result spm but not very good 1drgees only now i dont not want to study or words jobs if i not sijil find the job not very good .i think ask have what sunject i can study and how much yuran .if spm gagal cannot masuk universiti *u*l* L*m*u*." - Apa nih???? I read it more than three times...Duhhhhh !!!!

"Fistly.. my name is XXXXXX.I am 18 years old. I was born in 13 September 1991.I live in No.XX Jln XXXX,Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor Darul Ehsan,Malaysia. I have good spm result whcih I was take in 2008.I has 5A1 3A2 2B4. I am sorry because I late to register in this Uni** university.I important work to do first and forget about it.So, how to me to apply by and register back.Please help me and let's me in.I think this late now.The condition to apply is only after 2 week after we know the SPM result right?Please help me. I want to apply.Oh before this I stdy or was school in Mara Junior Science Collage of Serting." - So embarassing to know that this is written by an x-student of M**M. Apa yang ko belajar dek non oiii.....Pitam cikgu ko baca nih weh !!!

"nk tnye sikit...ap mksd NRIC?sy ad isi borang mlalui online..dan sy print mke surat yg disuruh print tu..ad dokumen2 yg perlu disertakan dan dhntar ke unikl kan..itula...sy x faham NRIC tu ap,dan sy dwajibkan serta sekali x dokumen tu.." - NRIC tak tau apa benda? Alahaiiiiiiii !!!!!!!!

"I want asked little question on my status is inside application UNIKL.1.when perhaps I would be able replies on application me at UNIKL.for all document requested had been sent and money RM10 had been included inside UNIKL.but still now account any unknowable answered...each my time waiting and visit website UNIKL to know status but not change at all.so I hope very UNIKL's party able accelerate notification of my status so that facilitate I to continue learn..thanks" - Another one which made me read more than 3 times....Duuhh !!!!!

Hari yang sangat meletihkan kepala otak...the emails made it worse...Somebody save me !!!!!!

Labels:

Wednesday, April 01, 2009

Balik Kampung


Last weekend, kami adik beradik pakat balik kampung mak kat Jementah, Segamat. Mak ayah memang almost every weekend balik tengok progress rumah diaorang. Asalnya tapak rumah arwah nenek tapi dah lama terbiar dan nak roboh, plus bape kali dah penyamun merampok...so sudahnya dirobohkan, tanah diclearkan...to make way for new house...Alhamdulillah dah siap pun...cuma takde furniture jelah lagi. So semua tidur tergolek dog aje..Pilihler port memasing suka. So tahun ni kami semua akan balik raya ke Jementahlah...tak ke JB lagi. Dekat sikit from Temerloh, about 2 hours plus...Eh !! Tahun ni giliran Temerloh ke Johor dulu aaaa???? Buat buat lupa...:)





Before balik ke KL, kami semua pergi rumah Pak Uteh yang tak jauh dari situ...Tak sampai 5 minit pun....Dia pun almost every weekend balik rumah kat kampung ni, dia dok Serdang. Kebetulan ada orang nak jual rumah sekali dengan dusun, so dia belilah...Tapi too bad belum musim....

Dania, Dian, Alia and Irfan. Dian is getting more inseparable dengan pacifier dia nowadays. Luckily dia tak kisah kita tukar hari hari kain yang dia dok gentel tuh...











Dania with Irfan and Alia kat depan gate...Sibuk tengok atuknyer basuh longkang, sempat lagi posing.












Semua cucu my parents...7 kesemuanya, 5 pompuan, 2 lelaki...Terselit sorang mak budak sebab baby Luqman too small to pose sendiri...kekehhehe











Before balik ke KL, kami semua pergi rumah Pak Uteh yang tak jauh dari situ...Tak sampai 5 minit pun....Dia pun almost every weekend balik rumah kat kampung ni, dia dok Serdang. Kebetulan ada orang nak jual rumah sekali dengan dusun, so dia belilah...Tapi too bad belum musim....All time favourite...makan time !!!! Duduk bersila ramai-ramai, makan dan bersembang sampai tak hengat bertambah nasi sampai 2, 3 kali....Lauknya simple aje tapi sangatlah matching...Kari ayam, ayam goreng, sup sayur campur, ikan kering, ulam, sambal belacan, telur dadar. Superb !!!! Lepas makan, cuci pinggan pun rasa melayang...mata berat ajer...Settle semua, berjemaah tidur plak kat depan tv....Tv tengok kitaorang...kehkehehe
Dalam 5.45 tu semua bertolak balik. 4 bijik kereta, 2 hala ke KL dan lagi 2 hala ke JB. Ingatkan before 8 boleh sampai KL. Sekali jam daaaaa !!!! Tak tau apsal...Hantar adik ke Pandan Mewah, kami sampai rumah dekat pukul 9.30...Penat tapi seronok !!! We're planning for another balik ramai ramai masa cuti Labour Day nanti. Boleh celebrate birthday mak ayah (in April), birthday KLM dan 2 orang lagi adik (1, 3 dan 4 May) dan jugak anniversary mak ayah on the 3rd May....Can't wait for that !!!!







































With all my adik beradik, except the youngest one. Dia ada exam...So, next timelah baru cukup korum, ek !!!

Labels: