No updates yet on the car. Tak larat nak terlalu pikir, nanti tak jadik buat keja lain plak...Kalau betul takde, takde rezekilah...Nak kata apa lagi kan...So mood pun dah kureng, sib baik work load ok. Most of the times, dok layan tengok gambar my angels aje. Edit sikit sana sini, upload kat facebook, layan member chatting kat facebook...Pastu sibuk buat album untuk my parents' anniversary 3 May ni. Kami dah pakai adik beradik nak balik Segamat cuti 1 May ni. Dah alang alang tu, my parents nak buat kenduri doa selamat sikit.
Bulan Mei memang penuh dengan events; birthday celebrations and wedding anniversaries. So untuk menjimatkan kos, pakat pakat kumpul buat sekali harung. On my part, dah tempah cuppies dari Kak Pnut. Album from Pixart pun dah siap. Khamis ni diaorang deliver. Masuk kali ni, dah 3 kali KLM guna produk ni dan memang puas hati. heheheh..Kasi promo sikit. Last time KLM buat untuk my anniversary present untuk hubby dan jugak another one is kenangan masa kami ke Beijing. Tak sabar nak tengok the latest album ni plak...Specially made for my parents for their 34th wedding anniversary.
Layan gambarlah pulak....Nanti sambung entry lagi...
Dania's happy faces...showing off her present untuk first place kuiz Maulidur Rasul @ school. Macam biasa, dia mintak buku cerita...Meronda kat Kinokuniya mencarik, bought Hero Kampung Dusun. Kalau dia suka, next time boleh beli yang seangkatan dengannya. Memula tengok tajuknya, KLM telek banyak kali title buku nih...Teringat citer P.Ramlee...Sarip Dol samseng Kampung Dusun...so buku ni kira samseng dah bertobat ler nih kot..heheeh
Dina plak hantu mee...Asyik mintak mee aje. Jangan nak nyebok kongsi mee dengan dia, dia tak bagi....Dia dah pandai makan sendiri dengan sudu garfu.
Dian is officially hantu sambal. Ni dia tengah sedap mencolek timun dengan sambal tumis ikan bilis. Comot giler !!! Habih merah menyala dua dua belah tangan dia...Marah betul dia bila cakap dah habih dah timun.
Labels: Angels
1 Comments:
amboi sedap nya.....
By zino, at May 02, 2009 12:19 AM
Post a Comment
<< Home