Tales from Two Cities

Tuesday, November 25, 2008

Belated Birthday Party

Legaaaaaaaaa.....Baruler dapat bernafas dengan senang lepas habih tempoh lecturers key in semua markah dalam system. Cuma tinggal kampus di P.Gudang ajer lagi tapi since depa kampus baru, subjek baru, data-data pun clean so we don't expect major hiccups from them.Baruler boleh update blog...:D

Sabtu 22 Nov yang lepas, kami buat birthday party untuk Dina @ Intan. Belated sebenarnya sebab her birthday was 15 october tapi masa tu kan orang masih lagi sibuk dengan open house semua, so kami tunda...Nak buat sekali dengan open house pun, ruang tak mencukupi, nak ajak kawan rapat pun dah ramai, rumah kecik...so last last tak buat pun...ehehehhe...

Makanya kami pilih 22 Nov untuk buat the party. Invited our close friends and adik beradik yang ada kat KL ni ajer. Bertempat di Hillside Corner @ Bukit Antarabangsa, this place ada ruang khas (ground floor) yang memang untuk buat function so it was spacious and convenient (parking ajer kat basement Giant opposite Hillside tu), the food was great and a lot (sampai bertapau tapau bagi kat guest, macam kat kenduri plak...), the kids had a great time and the parents enjoyed ourselves mingling around, cathching up with each others. So, layan gambar pulaklah...Tangan dah kebas nak menaip sebab sejuk tahap gaban di tingkat 17 nih...Ada yang dah siap berstokin dan berglove dan berselubung dengan shawl dah nih...Brrrrrrr !!!!!!!!

Kakak and Adik dok posing posing before guests sampai...Adik kengkonon nak ikut macam kakak tapi dah macam nak karate orang ajer tuh...:)



















Some of the guests...Ada yang dah lama tak jumpa, yang hari hari jumpa, tapi still ada ajer nak diborakkan....heehheheh....




















Kids enjoying the games...First game was Music and Statue yang mana the kids have to dance while the music is being played and stop moving and be a statue once the music stop. The other game was jigsaw puzzle tapi nampak banyak tangan besar besar aje yang susun tuh, kalau nak tunggu tangan-tangan kecik comel yang buat, tak taulah bila boleh siap, kan...:)





















The yummylicious food...Antara menunya ialah nasi tomato, sweet sour fish fillet, beef massala, ayam masak merah, spaghetti, rojak buah, karipap, popiah, fish fillet goreng, sosej, sandwich, jelly and free flow of ice cream.





































Kami tak tambah birthday cake sebab rasa the food dah banyak, we just use the cuppies yang memang dah include in the package as the birthday cake...This time around, Dina dah pandai tiup lilin....Sukaaaaaaaaaa !!!!!!!





















Alhamdulillah, at the age of 4 and being a special child, Dina banyak progressed...Dah makin banyak cakap even though masih pelat lagi, kalau orang tak biasa dengan dia, susah siktilah nak faham apa dia cakap...But nonetheless, dia dah boleh express herself with words. Let me just list down the things yang dia dah boleh buat or suka buat....

1. Suka sangat ajak jalan...tak kira masa, pagi buta ke, tengah malam ke, asal dia terigin aje, terus cakap, jom alan jom....Tapi nasib baiklah dia tak ngamuk kalau kita kata esoklah, dah malam...dia sengih ajer...tak pun dia ok.....:)

2. Pandai ajak pergi makan bila lalu kat restoran area rumah tuh....Mamam, mamam sambil tangan suap kat mulut...Kalau kita kata jom, dia siap angkat tangan cakap horeyyy !!!!

3. Dia dah boleh ingat banyak benda...Contoh macam kalau bawak ke Tesco Ampang, dia tau ada tempat main tu, masuk aje Tesco, dia dah tarik tangan kita then cakap "naik ain". Same thing jugak kalau lalu depan McD yang kat petrol station Ulu Kelang tu, dia tau dah ada tempat main....

4. Dia cukup suka kalau dengar lagu Ketulusan Hati, Anuar Zain...Kat dalam kereta kalau radio main lagu Anuar Zain, dia cepat cepat cakap "jen, jen !!!" Anuar Zain ler tu...Pastu suruh kita diam, dia sorang aje boleh ikut "jen" nyanyi...

5. KLM ngan hubby suka cakap "hari hujan, Intan tidur"...tapi dah lelama tu, kalau kita cakap "hari hujan", dia akan balas balik "mummy tidur".....Kita ler plak yang kena tidur...:)

6. Ada masa masa dia marah kalau Dian panggil dia Intan...Si Dian ni plak main panggil nama ajer, takde kakak kakak nyer...Suka suka ajer panggil "Dania !!!" or "Intan !!!"...tapi kalau time Dina marah, Dina akan balas balik "Kakak aaaaa"....

7. Dia dah boleh bagitau dia sakit perut nak yak yak...Boleh lah sikit sikit train ke toliet untuk yak yak. Cuma tinggal nak ajar bagitau nak shee shee ajer...Then bolehlah diapers-free....:)

8. Sampai sekarang, dia masih lagi tidur dengan mummy daddy. Dian pulak yang tidur bawah. And most of the time, bila nak tidur dia akan cakap kat hubby..."daddy awah"...dia suruh daddy dia tidur bawah, dia nak tidur atas katil dengan mummy...hehehhe...

9. Biasanya sebelum tidur, dia akan cium pipi KLM and cakap "night, a yu, kom"...She meant to say "good night, I love you, Assalamualaikum...."

10. Kalau tanya dia atuk mana? Dia akan cakap "takde, u wau, awa bat"...maksud dia..."takde, pergi surau, semayang...". Dah makin panjang sentences yang dia boleh cakap.

Banyak lagi progress dia so far...Alhamdulillah. She has been a great child, easy to care for, tak banyak karenah, jarang sakit which we are so syukur sangat...Above all, we all love her unconditionally. Saaaaaaayaaaannnnnggg Intan !!!!!

Monday, November 10, 2008

Back to my loved ones....and Dania's concert...

Pheeewww !!! Alhamdulillah I'm back to KL and most importantly, back to my family...Kami bertolak dari office pun dah lewat...Plan asalnya nak bertolak paling lewat 1.30, tapi ada orang yang "bijak pandai" yang sebelumnya pakai kereta company tu, dia pulangkan kereta ajer, kuncinya tak pulang...Boleh gitu??? Pukul 3.15 baru dapat kunci, tunggu hujan reda sikit sebab gelap yang amat dan kilat sabung menyabung...Pukul 4 lebih baru kami shoot off. Selamat sampai ke Pasir Gudang jam 9 malam...Check-in di Grand Far East Hotel, terus pi soru...Masa buat reservation tu, kengkonon amik bilik yang paling murah aaa...RM70, 2 single tapi biliknya kecik yang amat. Memang muat muat 2 katil single, ruang nak solat pun cukup cukup sorang, siap terantuk kat pintu bilik lagi bila sujud...Esok paginya terus request nak tukar bilik, nak yang paling mahal !!! Kehkehhehe...Last last dapat tukar ke bilik Executive RM 160, kami entitle RM180. Barulah lega dan lapang dan seronok....Bilik besar giler, boleh guling guling....Tapi memang convenient sangatlah hotel ni, walking distance aje dari Uni*L Pasir Gudang, ada Tesco kat seberang jalan, nak makan pun senang, banyak kedai....Kiranya lepas ni kalau kena out station ke PG, memang hotel nilah jadi pilihan....KLM sempat gak balik tidur rumah parents di JB, tumpang adik ipar yang kerja kat PG, pagi pagi buta kul 6.15 dah kuar rumah nak ke PG semula...Takperlah, dapat jumpa sekejap pun oraitlah...:)

Nilah bilik kami yang dah diupgrade ke Executive. Satu katil king and satu queen. Boleh bentang toto lagi 2, 3 ketul tuh kalau datang dengan family....




















Jumaat lepas lunch, dalam kul 2 petang kami bertolak balik ke KL. Traffice was smooth, kami ikut KL Putrajaya Highway, masuk ikut Bukit Jalil. Kul 6.30 sampai ke lobi office. Sampai rumah, dapat surat dari Dania. Cik kak ni memang suka tulis surat. Dia tulis apa yang dia buat while I was away, bought some books, where she went for her meals, etc, etc. And lastly, dia tulis, harap dapat jumpa pada 7 November (the day I came home)...hehehehe...

Nilah surat yang Dania tulis for me.....



















Then hubby gave me this perfume...Hubby KLM ni, kalau dia belikan KLM perfume, mesti dia ada beli jugak untuk diri dia....supaya KLM tak bising bising asyik beli perfume ajer (hubby memang giler perfume). Tau dah trick dia tu...khekhehehke....Tak kisahlah, dah dibelikan, amik jelah kan kan kan....:)














Esoknya, Sabtu 8 November ada konsert tadika Dania. Hubby hantar dia dulu coz they have to be there before 8 am. Event start kul 9.30...Kelam kabut siapkan Dina and Dian, teacher dia call tanya kami kat mana....Rupanya Cik Kak tu dah "hujan" sebab mummy daddy tak sampai lagi. Dah ler dia orang pertama yang akan naik pentas and give the opening speech....Terlewat 5 minit, tengok dia dah tersedu sedu. Lepas KLM pujuk, teachers dia pun pujuk pujuk, barulah ok. Tapi dia buat intro dengan saki baki tersedu sedan dia ler.....Sorry yer sayang.....:)

Finally dia naik atas stage, consoled by her headmistress, Pn. Fuzil*h. After Dania made her intro speech, terus ceria tersengih sengih dah...Well done !!!






















Persembahan pertama, dikit barat from all the kids in the kindy.



















Persembahan daripada 6 years old kids, Goldilocks and the 3 bears. Dania was the story teller. Teacher dia cakap, asalnya Dania was the Goldilocks but the story teller baca kurang lancar, ganti dengan Dania. Dia pilih sendiri her gown and the head scarf while I was in Pasir Gudang.



















Tarian lagu dinding barinding (betui ka ejaan tu ek???)



















Dania's happy faces. Glad she had a great time sepanjang 3 tahun dia di situ. Tahun depan dah masuk darjah 1, sekejap aje masa berlalu....Ter"emo" plak masa nih.....



















Dania and her friends after the concert.



















With proud mummy and daddy. Dina dan Dian tercongok tengok kakak diaorang menari, menyanyi atas pentas....Gambar bawah tu, Dina tengah dah "berkemas" kat dalam kindy after the concert. Insya allah kalau takde aral, lepas settlekan Dania with her standard 1 registration and whatsoever, dalam bulan 2 or 3 will enrol Dina to this kindy. We'll see how Dina takes it....:)


















Around 11.30 konsert berakhir....Ada makan makan sikit. Overall, we had a great time. Performance tak meleret tapi menarik, food was good, the place was convenience, memang enjoylah. Unlike masa first time Dania had her concert dekat this one club house di Taman Melawati, bayar dah ler mahal, tempat dan food tak cukup, lama giler dari pukul 2 lebih sampai dekat 6 setengah, stage pun eye-level, nampak sayup ajer anak anak atas pentas, yang lebih nampaknya badan badan dan montot parents lain yang berdiri amik gambar dan video sampai blocking view orang lain. Macam nak tengok konsert artis ler plak....Tak best occay !!!!


Monday, November 03, 2008

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com