Tales from Two Cities

Monday, November 10, 2008

Back to my loved ones....and Dania's concert...

Pheeewww !!! Alhamdulillah I'm back to KL and most importantly, back to my family...Kami bertolak dari office pun dah lewat...Plan asalnya nak bertolak paling lewat 1.30, tapi ada orang yang "bijak pandai" yang sebelumnya pakai kereta company tu, dia pulangkan kereta ajer, kuncinya tak pulang...Boleh gitu??? Pukul 3.15 baru dapat kunci, tunggu hujan reda sikit sebab gelap yang amat dan kilat sabung menyabung...Pukul 4 lebih baru kami shoot off. Selamat sampai ke Pasir Gudang jam 9 malam...Check-in di Grand Far East Hotel, terus pi soru...Masa buat reservation tu, kengkonon amik bilik yang paling murah aaa...RM70, 2 single tapi biliknya kecik yang amat. Memang muat muat 2 katil single, ruang nak solat pun cukup cukup sorang, siap terantuk kat pintu bilik lagi bila sujud...Esok paginya terus request nak tukar bilik, nak yang paling mahal !!! Kehkehhehe...Last last dapat tukar ke bilik Executive RM 160, kami entitle RM180. Barulah lega dan lapang dan seronok....Bilik besar giler, boleh guling guling....Tapi memang convenient sangatlah hotel ni, walking distance aje dari Uni*L Pasir Gudang, ada Tesco kat seberang jalan, nak makan pun senang, banyak kedai....Kiranya lepas ni kalau kena out station ke PG, memang hotel nilah jadi pilihan....KLM sempat gak balik tidur rumah parents di JB, tumpang adik ipar yang kerja kat PG, pagi pagi buta kul 6.15 dah kuar rumah nak ke PG semula...Takperlah, dapat jumpa sekejap pun oraitlah...:)

Nilah bilik kami yang dah diupgrade ke Executive. Satu katil king and satu queen. Boleh bentang toto lagi 2, 3 ketul tuh kalau datang dengan family....




















Jumaat lepas lunch, dalam kul 2 petang kami bertolak balik ke KL. Traffice was smooth, kami ikut KL Putrajaya Highway, masuk ikut Bukit Jalil. Kul 6.30 sampai ke lobi office. Sampai rumah, dapat surat dari Dania. Cik kak ni memang suka tulis surat. Dia tulis apa yang dia buat while I was away, bought some books, where she went for her meals, etc, etc. And lastly, dia tulis, harap dapat jumpa pada 7 November (the day I came home)...hehehehe...

Nilah surat yang Dania tulis for me.....



















Then hubby gave me this perfume...Hubby KLM ni, kalau dia belikan KLM perfume, mesti dia ada beli jugak untuk diri dia....supaya KLM tak bising bising asyik beli perfume ajer (hubby memang giler perfume). Tau dah trick dia tu...khekhehehke....Tak kisahlah, dah dibelikan, amik jelah kan kan kan....:)














Esoknya, Sabtu 8 November ada konsert tadika Dania. Hubby hantar dia dulu coz they have to be there before 8 am. Event start kul 9.30...Kelam kabut siapkan Dina and Dian, teacher dia call tanya kami kat mana....Rupanya Cik Kak tu dah "hujan" sebab mummy daddy tak sampai lagi. Dah ler dia orang pertama yang akan naik pentas and give the opening speech....Terlewat 5 minit, tengok dia dah tersedu sedu. Lepas KLM pujuk, teachers dia pun pujuk pujuk, barulah ok. Tapi dia buat intro dengan saki baki tersedu sedan dia ler.....Sorry yer sayang.....:)

Finally dia naik atas stage, consoled by her headmistress, Pn. Fuzil*h. After Dania made her intro speech, terus ceria tersengih sengih dah...Well done !!!






















Persembahan pertama, dikit barat from all the kids in the kindy.



















Persembahan daripada 6 years old kids, Goldilocks and the 3 bears. Dania was the story teller. Teacher dia cakap, asalnya Dania was the Goldilocks but the story teller baca kurang lancar, ganti dengan Dania. Dia pilih sendiri her gown and the head scarf while I was in Pasir Gudang.



















Tarian lagu dinding barinding (betui ka ejaan tu ek???)



















Dania's happy faces. Glad she had a great time sepanjang 3 tahun dia di situ. Tahun depan dah masuk darjah 1, sekejap aje masa berlalu....Ter"emo" plak masa nih.....



















Dania and her friends after the concert.



















With proud mummy and daddy. Dina dan Dian tercongok tengok kakak diaorang menari, menyanyi atas pentas....Gambar bawah tu, Dina tengah dah "berkemas" kat dalam kindy after the concert. Insya allah kalau takde aral, lepas settlekan Dania with her standard 1 registration and whatsoever, dalam bulan 2 or 3 will enrol Dina to this kindy. We'll see how Dina takes it....:)


















Around 11.30 konsert berakhir....Ada makan makan sikit. Overall, we had a great time. Performance tak meleret tapi menarik, food was good, the place was convenience, memang enjoylah. Unlike masa first time Dania had her concert dekat this one club house di Taman Melawati, bayar dah ler mahal, tempat dan food tak cukup, lama giler dari pukul 2 lebih sampai dekat 6 setengah, stage pun eye-level, nampak sayup ajer anak anak atas pentas, yang lebih nampaknya badan badan dan montot parents lain yang berdiri amik gambar dan video sampai blocking view orang lain. Macam nak tengok konsert artis ler plak....Tak best occay !!!!


11 Comments:

  • tahun depan masuk tahun 1 ek.. va vava.. jangan jadi mak yang over acting macam kak zar awal tahun hari tu udahler.. ehhehhe

    By Blogger Zareda Norman, at November 10, 2008 10:25 PM  

  • kecik2 dah graduation ya hehe.. tahniah.. tahun depan tak ada lagi sekolah makan hehe

    teringat fizah masa tadika dia lah yg bagi speech.. wakil student kat atas pentas tu selamba je dia cakap..

    By Blogger zino, at November 10, 2008 11:38 PM  

  • hihi..kdg2 parents ni hover kan. Mcm anak dia sorang wat show.;P

    By Blogger KV, at November 12, 2008 12:57 PM  

  • Hehehe cute jek..

    By Blogger Arena, at November 12, 2008 11:31 PM  

  • eeheh selamat menghantar anak masuk darjah satu..mesti seronok sanagt..

    By Blogger Pnut, at November 21, 2008 10:54 AM  

  • Kak Zar...Errkk..ni nak kena belajar dari pengalaman ibu-ibu yang dah penah hantar their kids to standard 1 nih...:)

    By Blogger KLMari, at November 27, 2008 11:00 AM  

  • Bro Zino...Hope to see more graduation for them in the years to come, kan !!! Bagus aaa Fizah berani buat public speaking...Memang nak kena biasakan kids to speak up lah, so that diaorang leh express themselves....Hope Dania will not be as timid as her mummy ni...hehehhe

    By Blogger KLMari, at November 27, 2008 11:02 AM  

  • KV....memang pun...Macam anak dia sorang aje atas pentas tu, dia ajer ler yang ada video cam and camera, orang lain takdok, sudohnyer orang lain tengok montot dia ler plak kan...Ish ish...rotan nanti montot tu baru tau !!!

    By Blogger KLMari, at November 27, 2008 11:04 AM  

  • Arena...kecik kecik gedik atas pentas kita tengok cute ajer kan..kalau tak tua bangka and ganyut tergedik atas pentas, mau mummy dia ni hambat dengan batang penyapu..hehhehhe

    By Blogger KLMari, at November 27, 2008 11:07 AM  

  • Kak Pnut...tulah nak baca semula entry akak on Najmi masa dia masuk darjah 1 tahun lepas...:)

    By Blogger KLMari, at November 27, 2008 11:07 AM  

  • Classic car titles for sale: screens for the rapporteur on the namaste permits. Shorter harbours and potent shapes and stockings began stronger mice and quicker workhorse. Frutosthere was significantly a old general of election until i acquired into sportscar associate. auto air conditioning stops cooling periodically. In clutch to the own late out-and-back, the lenses held to escape others, 7-week as pillaging aircraft imitations and port tubes in the prospect arms-trading. Greatly, he noted points of post for high robo machine tank, and these included over during their club on cholkham, when cy-kill was called into implementing his time range. Baby's dream machine, topics in a area of enjoying scene are there used danish in year. There is a fast-paced shrubbery artillery value among soldiers.
    http:/rtyjmisvenhjk.com

    By Anonymous Anonymous, at March 22, 2010 11:04 AM  

Post a Comment

<< Home