Tales from Two Cities

Friday, March 28, 2008

Dina yang istimewa.........



Still in the process of uploading the pictures in Beijing....Sementara tuuuu...I'd love to share this article petikan dari MSTAR (macamler ramai beno yang singgah baca wehhhhhh.....)

Sindrom Down: Risiko meningkat dengan usia ibu

27-03-2008 01:28:01 PM
KUALA LUMPUR: Menyambut ketibaan anak pertama sememangnya dinantinantikan oleh pasangan suami isteri Billy Ng dan Anice Chin, kedua-duanya berumur 38 tahun. Kelahiran seorang bayi lelaki disambut dengan perasaan gembira tidak terhingga oleh pasangan dari Melaka ini. Namun kegembiraan bertukar menjadi duka apabila mendapati anak mereka mengalami Sindrom Down.


"Apa nak buat, Tuhan telah memberi kami anak lelaki yang mana bila besar nanti akan menjadi orang kurang upaya. Bagaimanapun, kami tetap menyayangi nya," kata Ng pada satu sesi kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya. Sesi tersebut diadakan di sebuah pusat perubatan awam di sini, baru-baru ini.


Menurut seorang doktor pediatrik, Dr Zaidatul Azreen Dzulkifli, usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan Sindrom Down. Beliau menjelaskan ibu berusia antara 20 hingga 24 tahun mempunyai risiko sebanyak 1/1490 manakala pada umur 40 risikonya adalah 1/60, dan pada usia 49 risikonya adalah 1/11. Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80 peratus kanak-kanak dengan Sindrom Down dilahirkan wanita bawah usia 35.


"Dalam kes ini, ibu kepada bayi tersebut sudah mencecah 38 tahun, satu usia yang agak tinggi untuk kelahiran anak pertama," kata Dr Zaidatul Azreen. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa, kata beliau lagi.


Dr Zaidatul Azreen berkata seseorang itu boleh ditakrifkan sebagai orang kurang upaya upaya (OKU) apabila beliau kehilangan upaya atau daya yang mengurangkan fungsi atau keupayaan bila dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Harus diingat, penggunaan istilah ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan dan bukan model ketakupayaan sosial atau hak asasi manusia, kata beliau. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar OKU, atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula lebih selesa menggunakan istilah anakanak atau orang istimewa, kata Dr Zaidatul Azreen.


Sindrom Down
Sindrom Down atau Trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ia dinamakan sempena nama Dr John Langdown Down, orang yang pertama menggambarkan keadaan sindrom ini pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir atau kognitif dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka, iaitu muka yang mempunyai mirip wajah Mongoloid.


Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada sederhana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk.Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), keberangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.


Ciri-ciri fizikal
Menurut Dr Zaidatul Azreen, antara ciriciri fizikal anak-anak Sindrom Down ialah satu garis, bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masalah kesihatan berkait dengan penghidap Sindrom Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga berulang, gangguan apnea semasa tidur dan kegagalan kelenjar tiroid. Dr Zaidatul Azreen menjelaskan, rawatan perubatan bagi keskes ini perlu dari peringkat awal lagi. Rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokasional mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak Sindrom Down.


Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal Sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan. Pada tahun 2006, Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan kadar sehingga satu kes Sindrom Down bagi setiap 733 kelahiran di negara itu, 5,429 kes baru setiap tahun.
Sindrom Down berlaku di kalangan semua kumpulan etnik dan semua golongan tahap ekonomi.


Kepada ibu bapa yang mempunyai anak Sindrom Down, nasihat beliau:
"Usah berputus asa, curahkanlah sepenuh kasih sayang dan sokongan anda. Anak anda adalah seorang insan yang istimewa. Jaga dan besarkanlah ia sebaik mungkin. Anakanak seperti ini adalah anugerah Tuhan."

**************************************

I had Dina at the age of 28. Though rasa cam tak percaya coz she looked perfect, just like her Kakak...tapi after looking at some of her physical features, we accepted the fate and the precious gift from Allah...Alhamdulillah, she's perfectly healthy, no health problems....setakat demam, batuk, selsema which can happen to every other normal kids, she's an active girl. Mulut becok, lincah dan keletah, loves her Kakak and baby sister very much...and we also love her unconditionally...Sayaaaaaaangggggg Dina !!!!!!


Thursday, March 13, 2008

Off To Beijing.....

Phewww !!!! How time flies....Me and hubby will be off to Beijing esok malam....The 3D will be staying with my aunty and uncle for the whole week...Gonna miss them a lot !!!! Dah siap siap amik gambar and video the 3D on my handphone....Buat melepas rindu weehhhhhh....Me on leave today. Have to go for a quick shopping later. Tengok temperature kat Beijing, it's gonna be quite cold....well, at least for me yang sememangnya tak berapa tahan sejuk nih...Hhehehehehhe....Have to get some extra sweater, socks and a decent pair of shoes...travelling bag pun kena sambar satu gak....Saw the ones in the Leather House kat Alpha Angle Wangsa Maju, looks solid and the price is reasonable...RM179 for a big bag, free another smaller bag....They're on sale. Tonight have to start packing pulak...Tomorrow kerja,ada meeting projek dengan Vice President. Saturday morning, dah janji nak tolong anak buah hubby pindah ke Kg. Baru. At the moment, staying with us. She's working at DBKL, sebelah my office ajer but then since dia takde transport, and our place ni susah sikit public transport and her working nature will require her to work on weekends, she decided to look for a place near her office...walking distance gaklah kiranya dari Kg Baru ke Menara DBKL tu...So almost half day of the Saturday is gone for that matter. Leaving us with just a few more hours on the Saturday to get ready to shoot off to KLIA. Before Maghrib prayer we need to leave...So, I'm pretty excited about this whole trip/vacation thing....When we get home next week, the pics will be up....Chiows !!!!!