Lama gilos tak update blog....Sempat melawat-lawat favourite blogs dan kekadang kalau sempat tinggalkan jejak ajer...Been busy dengan registration July 2008. Alhamdulillah all went well with minor hiccups...Tak lama lepas tu, ada Oracle training plak 2 minggu. Tu yang pack sikit...So what's been happening selama menyepi ni yerr...Eceh !!! Macamler ada yag nak tau kan kan kan....Takperlah. Just to remind me of the things yang berlaku kan...Yang sedey, yang seronok, yang penat, yang tak best dan yang bermacam macam lagilah....
18 sampai 20 July, hubby ada conference kat PISA Penang. Sajalah nyebok sama, bawak Dania sekali. Kami reramai naik bus ke Penang together with other people in hubby's agency. Khamis tu half day, kengkonon nak balik rumah kemas barang.....Takde maknanyerrr....Hubby and me pergi tengok wayang kat KLCC, citer Hancock...kehkehhekhe...Alang alang dah ada peluang tu kan, bila lagi !!! Ingat nak tengok Sepi tapi show kul 6 petang. Lewat sangatlah pulak kan....Frust tul !!!
Bus kul 12 tengah malam. Dania was excited sebab tak pernah ke Penang naik bus. Siap dah pilih nak duduk dengan Auntie CT....Bagus gak...Mummy leh dok dengan daddy....kehkeheheheh...Semua tumbang once naik bus, takdenyer nak turun turun bila bus berenti. Bus 3 seaters plak tu kan….Sedap berkeroh tidur weh !!!! Sampai Penang dekat kul 5 pagi. Took cab to Vistana and luckily bilik semua dah siap. So semua serbu masuk bilik memasing. Kami amik apartment with 3 bedrooms. Washed up a bit, terus turun breakfast kat Kayu Nasi Kandar kat belakang Vistana...
Overall, aktiviti sepanjang kat sana ialah makan, makan, makan dan makan. Makan ajer kerjanya....While hubby was at the conference, KLM layan Dania kat pool ajerlah. Malas nak kuar panas panas ke Kompleks Bukit Jambul tu even though it's a 10 minutes walking. Kebetulan plak one of hubby's friend ada sepupu dok Penang. Dialah jadi our tourist guide expecially bab makan makan nih.
Dania and Amani main kat pool....Budak Amani ni kemain tembam...badan semangat tul !!! Baru masuk 2 tahun....Geram cam nak gigit je tau !!!!
First night tu dia bawak kitaorang pergi makan kat seafood kat Teluk Tempoyak. Hubby tak ikut sebab dia ada dinner company...Tapi memang rugilah dia tak ikut. Makan tak hengat!!! Sambal ikan bilis dia sedap tul aaa...makan plak dengan nasi panas panas, ikan dan ketam bakar, sotong goreng tepung dan ada lagi a few dishes....jeles aje dia tengok gambar kitaorang makan best...hehehhehe Ni gambar Pok Nik tengah mentekedarah dok perabihkan segala lauk pauk yang ada...Buruk beno rupanya !!!! Hehehhehe
Lepas dinner, semua melepak layan kat bowling Bukit Jambul. Baling bola bowling dengan mata yang hampir nak tertutup sebab masa tu dah pukul 12 lebih....
Ni sesi makan durian tak hengat donia...
Awie, sepupu Pok Nik lah yang bawak kitaorang ke port ni. Kat tepi jalan ajer gerainya. Semua dok kat meja bawah pokok, tunggu je brader jual durian tu tak berenti renti kopekkan durian. Selagi we all tak cakap stop, selagi tuler dia dok kopek. Lepas makan sampai tersandar, diaorang ajak pergi makan kuey teow penang pulak...Pun sapu bersih gak...tapi lepas makan tu, kepala KLM pusing yang amat amat. Melayang teroleng oleng. Peluh merecik kat muka. Dah sampai berpapah nak kereta nih....Elok sampai tepi longkang, uwek !!!! Adoiyaiii !!!! Rasanya sebab KLM tak lunch hari tu. Tak lunch sebab kenyang lagi lepas amik heavy breakfast. So perut memang kosong before melantak durian...Ish...memang serik aaaaa lepas ni kalau nak makan durian, kena isi perut sikit....Tak penah penahlah KLM rasa camtu...Balik bilik, tergolek atas katil, letak minyak angin....
Malamnyer kuat semangat lagi tu nak berjalan..kehkehe..Bukan selalu kan...Awie bawak kitaorang ronda ronda kat Batu Ferenghi...tengok pasar malamnyer...KLM takde benda nak sambar pun, just some fridge magnet of Penang, buat souvenirs cik kak cik kak kat my department tu. Lagipun awal sangat tutupnyer pasar tu. Kul 12 dah start ngemas ngemas...tak syok aaaa kan...Next destination, carik tempat makan plak..Perut dah lapo...Pusing punya pusing punya pusing, last last Awie bawak kitaorang makan kat kedai NASI BERATUR....hiush !!!!! Awat pelik sangat nama tu kan...Ropanya memang kena beratur panjang kemain nak makan kat situ wehhh...Actually dia geng geng nasi kandaq gak...Awie cakap, memang famous aaa kedai tu...orang datang tengah tengah malam, pagi buta beratur sebab nak makan....Since KLM bukanlah peminat setia nasi kandaq (nasi beriani/nasi minyak pun KLM kureng....), so rasa biasa jelah cuma kuahnya pekat dan ayam gorengnya garing dan sedap rempahnya. Makanya kul 1 lebih lah kitaorang menjamu selera sambil mata kuyu ajer menahan ngantuk....Kalau we all stay lagi semalam kat sana, Awie dah tanya dah nak pi tak kedai nasi tomato yang hanya akan bukak pukul 2.30 pagi ..... Ish !!! Takde kerja aku wehhhh.....hehehhehheh.......
Ahad tu bus kami kul 12 tengah malam. Check out kul 1, sewa kereta, kami ronda Penang. Singgah ke Chowrasta memborong jeruk jeruk. Pastu terus ke Queensbay Mall. Cuaca tak begitu baik. Ingatkan kalau hujan dah berenti, bolehlah jalan jalan depan Queensbay Mall tu. Cantik scenery nya...Tapi sayangnya, hujan turun lebat sampai ke malam. Lepas dinner ikan bakar, tumpang wash up kat bilik Nurul di B Suite, then terus menuju ke stesen bus...Semua pengsan dalam bus, tak sedar apa benda pun....Sampai Jalan Duta kul 5....Terus amik MC sebab tak larat dah nak kerja...kehkehek....
Ni gambar Dania kat Ampang Puteri. Cik Kak tu warded due to prolonged fever caused by batuk...Degil sangat tak mau makan ubat....Warded since 29 July, discharged on 1 August. Masa nak kena pasang drip tu, berani dia pergi sorang sorang aje ikut nurse tu. Memula nurse tu panggil dia, we all cakap pergilah ikut....Tetiba dia masuk balik siap heret bawak tiang drip tu, tersengih sengih...Nurse tu kata dia ok,tak nangis pun. masa amik darah pun dia tak nangis, siap tengok cemana brader tu cucuk amik darah kat lengan dia. Yang kita ni kesian kat dia, pesanlah...lenkali makan ubat, takdelah masuk sepital cucuk sana, cucuk sini...Dia boleh cakap, takperlah cucuk pun cucuklah...Ish !!! Bertuah betul !!!! 4 hariler KLM berkampung kat sepital tu. Hubby pun tidur sana sekali. Dina and Dian dok ngan my aunty. Rabu dengan Khamis malam, we all bawak Dania balik rumah kejap, mandi dan rehat rehat kat rumah kejap....Sib baik rumah dengan dengan sepital.
Hari kedua Dania kat spital, Dian kena campak ler plak....Kesian dia....Sib baik tak demam, cuma dia rimas, miang. Makcik bagi dia makan telur ayam kampung. Selamba aje dia nganga telan telur tu, siap jlat jilat bibir. Tunjuk kat dia telur tu, tanya dia nak tak, menjerit cakap nakkkkk !!!! Alhamdulillah Sabtu tu dah ok, banyak hilang dah campak tu....Jumaat kuar sepital, Sabtu tu Dania dah ikut Aki dia balik Temerloh. Biarlah dia nak manja manja rehat kat kampung kan...Sampai la ni tak balik balik lagi....Hehehhe...Seronok kat sana...Bila kita call, dia cakap "jangan risau, Dania sihat, Dania ok...". Selasa minggu depan baru dia balik, kebetulan Aki dia nak datang KL ada hal.
Panjang ler plak kan entry kali ni....Hehehhe..Lepas ni tak taulah bila boleh update lagi.
p/s: Many doas for my ex-housemate's little girl, Alisa. Semoga cepat sembuh and harap Mawar dan hubby sentiasa kuat dan tabah dengan dugaan hebat tu. Kami sentiasa doakan kesihatan Alisa.....amiiinnnn....