Tales from Two Cities

Monday, December 21, 2009

Jalan-jalan dan kenduri

Kejap aje cuti sekolah dah nak habih kan??? Dania dah tak sabar sabar nak start sekolah. Asyik tanya aje bape lama lagi cuti nih....Kemain excited lagi nak masuk sekolah semula ek !!! Esok kalau dah start sekolah, malas pi...mommy piat telinga tu tau !!! hehehehhe

Ke mana kita cuti sekolah ni kan? Kebetulan pulak awal December hari tu, pakcik dan makcik mintak wakilkan diaorang ke kenduri anak di Medan nun. Memandangkan keadaan kesihatan pakcik yang tak mengizin dia travel (he's on wheechair since November last year) dan makcik pun tak nak tinggalkan pakcik sensorang, makanya kami suami isteri la wakilkan. The kids tak angkut semua pun, makcik suruh tinggalkan yang kecik dua orang tu kat dia (all these while pun memang depa yang jaga since dari 2 bulan). So end up bawak Dania sorang aje. Ikutkan masa awal awal planning dulu, ramai nak pergi tapi memasing ada urusan and terpaksa kensel. Jadinya tinggaller kami 9 orang aje rombongan ke Medan. Selain daripada a few sedara mara sebelah makcik dan pakcik, ada juga jiran terdekat yang pergi sekali.

Asalnya nak bertolak Friday siang since kendurinya Sabtu, Ahad pagi dah bertolak balik. Tapi memandangkan dapat tiket pergi Friday petang and Ahad tu first flight in the morning (kul 8 pagi), takut tak sempat nak berjalan sambil shopping, makanya tukar flight ke Khamis jam 9 malam. Alhamdulillah segalnya dipermudahkan, flight pun on time, tak sampai sejam dah mendarat, isi borang pun tak habih lagi...Layan gambar jelah yuk !!!!





















Sabtu pagi pagi dah kuar (takdelah pagi mana pun, kul 9.30 gitu, kat sana waktunya beza sejam lewat dari Malaysia). Transport dan guidenya dah arrange dengan hotel. Pak Mastun namanya...Destinasi pertama, Pajak Ikan !!! Nama aje Pajak Ikan, sekor ikan pun takde kat situ, Kain baju banyak ler..:) Tengok tu makcik makcik sakan borong kain baju. Dania adalah boring sebab takde benda dia nak tengok...hehehheh...


Sejam lebih kami di situ, bergerak ke Brastagi pulak. Pergi balik dalam 4 jam, jalan adalah sangat bengkak bengkok. Teringat masa pergi ke Bukittinggi dulu bila lalu kat Kelok 44. heheehhe...Sakit pinggang dok dalam Kijang (sana panggil kijang, actually Avanza), terhentak hentak. Nasib baik tak mabuk and muntah...






















Sekitar pasar di Brastagi. Banyak buah buahan jual kat sini. Pokok bunganya pun cantik cantik, geram tengok. Biasalah kan cuaca sejuk, bunga bunga gitu seswai ler nak hidup subur....Kat sini mostly borong buah aje. Dania happy sikit kat sini sebab dia nampak kuda. Kereta belum berenti dia dah sound nak naik kuda. Ingatkan nak naik and amik gambar aje, rupanya dia nak kude tu jalan pusing pusing. Ishh !!! Ikutkan jelah. Hubby ikut pelan pelan dari belakang...Kang dia bawak lari pulak anak dara I tu kan....








































Sabtu, hari kenduri. Dalam pukul 10 ada sedara (Wira namanya) dari pihak pengantin lelaki datang jemput kat hotel. Tak jauh mana pun rumahnya dari hotel, dalam 15 minit aje. Mengikut kata Wira, kalau di sana kendurinya sampai ke malam. Kalau siang, hanya untuk sedara mara aje, petang sikit barulah jiran tetangga dan sahabat handai. Tu yang bawak sampai ke malam tu kot...




















Masa kami sampai tu, dihidangkan sedikit kuih muih dan manisan sementara menunggu marhaban dan pengantin bersiap. Bila pengantin dah siap, maka diaraklah sampai ke pintu gerbang di mana ada pawang nikah yang menunggu...ada ler bacaannya...lama jugak kami berdiri tengah panas tu, tak tau ler apa yang dibaca oleh pawang nikah tu. Sambil tu kakak sulung pengantin lelaki dah menunggu kat pintu gerbang tu, mintak restu lah kot sebab langkah bendul...Dah kami tak paham kan..kehehke...Tapi must be something yang touching la sebab ahli keluarganya menangis especially kakak sulungnya tu....




















Then bergerak hala ke pelamin pulak...Pelamin adalah sangat rimbun ok !!! Banyak betul pokok...siap ada air terjun lagi...Kat pelamin tu parents kedua dua pengantin dah menunggu. Di sebelah pengantin lelaki, ayahnya dan makciknyer (tak silaplah, rasanya maknyer dah meninggal). Salam mintak restu lagi...pawang nikah tu baca baca lagi...Wah lama giler tunduk salam sampai menitik nitik peluh pengantin. Lepas tu turn sebelah pengantin pompuan plak. Since pakcik makcik tak dapat datang, makanya wakilkan pada mak lang dan hubby (dah dia sorang aje orang lelaki dalam rombongan kami). Lepas tu barulah duduk di pelamin dan ditepung tawar...lepas tu, makan ler !!! heheheh...Kat sana takde makan beradap, makanya pengantin adalah makan suka suka hati melantak sebab kelaparan...:)





















Kami taklah tunggu sampai malam, dalam pukul 2 lebih tu kami minta diri. Nak sambung shopping lagi makcik makcik ku ittew !!Memandangkan Sabtu tu kejap sangat kat Pajak Ikan tu, lepas kenduri kami pergi lagi. This time dah tau apa nak carik. Segala kain baju batik dibeli....tak lupa juga telekung. Hubby kelmarin dah shopping...Dia siap tempah 2 helai seluar dan sehelai kemeja for around RM200. Tempah pagi, petang orang kedai tu hantar ke hotel. Hubby adalah sangat sukeeeerrr !!! Dia lagi terror bab shopping nih....Habih urusan di Pajak Ikan, Wira bawak kami beli kek lapis dan bika Ambon jenama Zulaikha. Ikut kata dia, brand ni memang top dan sedaplah. Ramai orang kat kedai tu, dan kotak kotak untuk packaging pun orang kedai tu dah siapkan. Pilih aje nak yang mana....Settle semua, balik hotel..Hujan pun lebat malam tu. Makan kat cafe aje. Ayam penyetlah kan...tapi tak leh celen ayam penyet yang kami pergi masa baru sampai di Medan malam tu. Sambalnya adalah sangat meletops !!!








































Ahad pagi oukul 6 kami dah bergerak menuju ke airport. Dekat aje...alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Flight juga tak delay...Pukul 12 lebih dah sampai di Bukit Antarabangsa...rindu sangat kat kenit dua orang tu !!! Sian dia kena tinggal kejap.....takperlah, daddy dah ckp nak bawak ke PD the following weekend tu. Janji ada pool kan !!!

Labels:

6 Comments:

  • lama x makan kenduri..maksud saya kenduri kawin ler,kalau kenduri kecik tu adalah.suka makan gulai kat kenduri.hehe

    By Blogger Irfa, at December 21, 2009 4:26 PM  

  • wah satu pengalaman kan kenduri kawin kat Medan sempat sopping mopping tu.. hehehheh

    By Blogger Zareda Norman, at December 23, 2009 12:10 AM  

  • Hello KL Mari, Days pass very fast when you enjoying and having fun.
    I really enjoyed looking thru your very well taken pictures here. Very nice.
    Chantek la those bajus.

    You keep well and have a pleasant weekend, Lee.

    By Blogger  Lee, at January 23, 2010 1:01 AM  

  • Irfa - Lepas pantang nanti, bulehlah sakan makan gulai kenduri...cuti sekolah bulan 3 sure banyak jemputan, kan..:)

    Kak Zar - Kebetulan plak ada kenduri..kalau tak, entahlah bila nak sampai ke Medan tu....Sambil nyelam, minum air...hehehehh

    By Blogger KLMari, at March 01, 2010 5:55 PM  

  • Uncle Lee - Thanks !!!

    By Blogger KLMari, at March 01, 2010 5:55 PM  


  • Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    Bika Ambon Zulaikha, Medan also available

    Place order or grab our limited supply now.

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    By Blogger ~MaMa RX SToRYMoRY~, at November 26, 2014 3:07 PM  

Post a Comment

<< Home