Tales from Two Cities

Thursday, September 04, 2008

Tumbang...

Yerrr...the whole family tumbang due to demam since cuti merdeka...Kami balik Temerloh sabtu lepas. Petang tu, Dina dah mula suam suam ajer badan dia. Memang sahlah demam budak nih….Ahad malam, KLM pulak dah start rasa tak sedap badan. Tidur malam sejuk kemain sampai berselubung, kepala pun sakit, selsema pun ada. Bangun sahur telan ubat demam…rupanya tak daya gak…By noon, dah melepek ajer, rasa melayang dan badan panas sangat. Hubby bawak ke klinik, tu pun berpusing pusing kat bandar Temerloh tu a few times sebab mostly klinik tutup sebab cuti am. Klinik yang kelima baruler jumpa yang bukak. Doktor cakap demam kuat sangat tu yang sampai rasa sakit sangat kepala and badan. On the way balik, grabbed some breads sebab tak selera nak makan nasi. Terpaksalah buka puasa….sayang jugak sebab masa tu dah around 2.30. Telan ubat, tidur….

Rasa kebah sikit Isnin tu, hubby plak rasa semacam. Tumbang sorang lagi…dan dia masih lagi demam sampai hari nih, same with Dina….Dian demam sikit ajer, alhamdulillah. Sampai pergi 3 klinik sebab terputus ubat. Mudahan hubby and Dina cepat baiklah… Due to demam, KLM terpaksa amik mc on the 2nd Sept tu. Isnin malam baru hubby rasa ok sikit untuk drive back to KL.

The only one yang tak demam is Dania. Agaknya dia baru kuar sepital hari tu sebab demam, batuk and selsema dan antibody masih kuat lagi, dia jelah terselamat…J. Speaking of her, first day dia bangun sahur, dia nak susu ajer….Dalam kul 10 lebih, dia ngamuk ngamuk buat perangai, merajuk…..tetiba terus pergi dapur, bukak fridge, amik ice krim dan ngap !!!! Ceh !!!! KLM cakap kat dia, lain kali kalau rasa tak larat nak puasa dan nak buka, bagitaulah elok elok. Tak yahlah buat perangai gitu…..Ish budak nih !!!!

So far dia belum dapat lagi sehari penuh. Sekerat sekerat aje baru. Bila kita ajak bangun sahur, dia tak mau. Dia nak susu dia ajer. Nasib baik senang kejut. Takper, kita cuba lagi nanti wokey !!! Selamat berbuka puasa !!!

4 Comments:

Post a Comment

<< Home